Tak ada suara untuk berkata.
seakan didiamkan oleh kesal yang tak sudah.
Mencoret berjuta mimpi indah
tanpa memandang kanan dan kiri.
Bila jatuh?
Sakitnya terasa hingga saat ini.
Mahu memberi satu penulisan yang matang
dan berisi,
namun sehingga detik ini
aku raga yang tak berjiwa.
Mengertikah mereka disana?
Tak pernah tahu, masih kekal rahsia.
Aku menunggu masanya.
Segala kekabut yang mengaburi hati
dari aku cuba tuk fahaminya.
Satu kemahuan yang amat dan tiada kata
mampu aku zahirkan.
Hanya tunduk, diam dan membisu
Sudahnya merepek sendiri dalam kelam yang hanya ada desir penghawa dingin. Entah bila resah kan hilang.