Facebook terasa hidup kembali, sekembalinya kawan kawan dari plkn. Mungkin kerana keghairahan mereka melepaskan gian membuatkan facebook saya semakin meriah. Sejujurnya, saya ada dua akaun facebook. Bukan kerana saya ni popular ataupun terlalu banyak fan (tak ada fan pun), tetapi kerana akaun Facebook pertama saya telah dipenuhi oleh orang orang yang saya kira 'musuh dalam selimut'. Bukan saya tak boleh remove 'musuh' itu dari friend list saya tetapi saya masih memerlukan laman sosial facebook sebagai medium untuk saya berurusan dengan dia. Lagipun, saya dah tak larat nak menatap muka dia. Rasa sakit hati tu akan datang sendiri.
Mesti anda semua kata yang saya ni sebenarnya ada penyakit hati. Yelah, orang buat tu sikit saya sakit hati. orang buat ni sikit, saya sakit hati. Tetapi, saya tak akan salahkan anda kerana saya akui perkara itu. Hati saya ni dah kotor dan agak tercemar. Saya sedang merawat hati saya dari sisa sisa toksin. Saya selalu doa agar penyakit hati saya ni dapat dibendung.
sudah lari dari tajuk
Makanya, dari kerana itu. Saya biarkan akaun facebook pertama saya menjadi official dan saya buka lagi satu akaun facebook dan akaun facebook yang baru itu adalah personal account . Maksud saya, hanya orang yang saya kenal sahaja saya add dan orang yang saya kenal ja saya approve. Kiranya, anyone who I can tell a bit about their life. Tapi ada juga yang tak pernah chat. Contohnya, macam beberapa jejaka yang saya pernah nampak dan saya rasa dia ada ciri ciri untuk menjadi stock gorgeous saya, maka saya add la depa. Hehee =)
Jadinya, jumlah kawan dalam akaun facebook saya yang kedua hanya ada 116. Akaun orang lain saya intai, majoritinya dah mencecah ribuan orang. Tapi ada saya kisah? mwheeheh
Sepanjang cuti SPM ni bukanlah saya lansung tak ada chat dengan kawan-kawan cuma tak sekerap biasalah. Betul kata orang, time kita nak periksa memang banyak sangat dugaan. Muka buku yang tak ada apa apa tulah yang saya nak hadap hari hari. Sekarang ni bila dah ada masa bukan main lama, satu minggu berapa kali je saya hadap facebook tu.
Yelah, saya ni bukannya jenis manusia yang dikelilingi gadget. Saya cuma tahu facebook, twitter dan blog saja. Yang instagram instagram tu semua saya tak tahu. Yang skyping skyping tu pun saya tak tahu. Malah yang orang dok sibuk kata 'jom whats app whats app' tu pun saya tak tahu benda. Hidup saya memang seperti seorang cinderella digabungkan dengan sedikit dari cerita rapunzel. Sedeyhh..
Tapi saya ok je. Tak mati pun kan. Haha!
Tapi minggu ni jadi active sikit, sebab 16 Mac 2013 haritu, kawan kawan dari plkn dah balik. So, masing masing nak share pengalaman. Yelah..3 bulan kan. Ditambah pula dengan segala wish bagi keputusan SPM yang akan diumumkan pada 21 Mac 2013 nanti. ( cuak kot ). Moga Allah permudahkan segala urusan.
Sebenarnya, masing masing sedang berkongsi rasa. Almaklumlah, debaran SPM tak sama dengan PMR. Macam macam yang bermain dalam fikiran. Tengok gambar, masing masing tersenyum. Bila chat, masing masing buat muka =) ataupun setiap kali di hujung ayat mesti ada 'HAHA!'menandakan yang masing masing okey dan fine. Realitinya? Hanya Allah yang tahu, betapa berat bahu terasa. Betapa gigil kaki ini melangkah. Untuk gagah berdiri di hari yang bakal menentukan hala dan tuju, kekuatan yang dimiliki harus bersumber dari Yang Maha Esa iaitu Allah, atau mungkin waktu itu nanti saya akan rebah.
Saya sendiri tak tahu. Apa yang bakal terjadi nanti. Saya reda =)
Semampunya, saya cuba. InshaAllah