Ya Allah, terima kasih kerana pinjamkan kekuatan ini
. Terima kasih Ya Allah kerana tabahkan hati kecil ini.
Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur dengan apa yang aku miliki.
Kekecewaan itu pasti terselit disana dan disini,
tetapi tiada apa yang perlu aku tangiskan
kerana aku aku sedar dimana silapnya.
Ya Allah, pinjamkan aku kekuatan agar aku mempu
untuk berdepan dengan mereka Ya Allah.
Ya Allah, berikanlah sesuatu yang lebih besar buat mereka
agar luka mereka tak sedalam sekarang Ya Allah.
Ya Allah tiada lain yang aku mampu katakan selain ucapan syukur
padaMU Ya Allah.
Seteruk apa pun keputusan itu, Itu rezeki yang kau berikan untuk ku.
Aku terima Ya Allah. seadanya.