Saturday, March 16, 2013

Zaman Gelap

Meluap luap keinginan untuk melontarkan apa sahaja yang ada didalam benak ini. 
Tentang apa yang aku mahukan dalam hidup ini. Secara spesifiknya aku bicara tentang kerjaya. Bagaimana mampu aku katakan kepada mereka dengan penuh yakin tentang keinginan aku sedangkan resultnya nanti belum tentu tak mengecewakan. 

Aku buntu dan sesat dalam mencari sepi kemahuan ini. Sejujurnya mengira detik demi detik membuat aku merasa tersepit antara pengharapan dan kenyataan. 

Nak Berdoa?

Bukan aku sombong dengan Tuhanku, cuma aku terlalu malu. Menadah tangan dan meminta minta kepadaNYA. Sedang terlalu banyak yang dia beri namun terlalu sedikit aku menunjukkan rasa syukur itu. Malu. Memikul dosa yang infinity banyaknya dibahu kiriku. Sakit. Berat. 

Hinanya Aku. Aku ini munafik, hanya Islam pada nama. Belum mampu aku meletakkan diriku berjihad dijalanNYA.

Aku pilih membatu