Sunday, March 17, 2013

One Millions Women Purple Walk

Happy Women Day =)

Sebenarnya saya ni bukanlah orang yang mengingati Hari Hari rasmi yang ada di Malaysia ni. Bukan sebab tak penting tapi tak juga kerana penting sangat, cuma otak saya tak cukup kolum untuk hari hari tu semua. Yang saya ingat birthday mama ayah saya, adik beradik saya, a few of my friends punya birthday and a few date yang saya rasa ada makna buat saya.

Sempena Hari Wanita tahun ni. Kerajaan ada anjurkan 'One Millions Women Purple Walk. Dah nama pun ada purple can, so secara vetonya warna purple mendominasi dataran Putrajaya pada pagi yang barakah ni. Seronok rengok depa ramai ramai senamrobik. satu..dua..tiga..lapan.. lapan lagi. Haha!

Dalam family, aku dikelilingi oleh tiga orang wanita.

1. Mama
She is beautiful. Keturunan jawa. Dia garang (student kata ) tapi pada saya, taklah garang mana. Saya senang kalau bercerita dengan dia sebab selalunya dia mempunyai pendapat yang saya boleh terima. Saya suka bercakap dengan orang yang ada idea tentang masa depan. Its like...susah nak cakap. Kawan mama pernah tanya rahsia mama.

Rahsia bagaimana menjadi kawan kepada anak anak. Sebab mama, Kak Farah dan saya selalu bergurau senda walaupun dikhalayak ramai. Kami tak kekok untuk bicara soal hati dan perasaan kami dengan mama. Sebagai seorang yang sudah dewasa, dia tahu yang kami sendiri tak mampu menolak segala perasaan yang bergejolak dalam hati. Kerana itu, dia menjadi tempat untuk kami sandarkan segala perasaan ini supaya perasaan ini nanti tak memakan diri kami.

2. Kak Farah
Dia ikut wajah mama. Kalau ditanya siapa kawan saya. Saya akan kata, itu dia..classmate saya. Tapi kalau ditanya siapa kawan sejati atau dalam bahasa omputih 'real friend', saya akan jawab -kakak saya-

kenapa?

Dah berbelas tahun dia kenal saya. Selang satu tahun dari saya tak menjadi penghalang untuk kami berkongsi ceria dan duka. Dia pelindung saya. Pernah saya suarakan pada Tuhan, saya tak perlukan seorang abang jika saya ada kakak seperti Kak Farah. ( saya memang tak ada abang pun )

Pernah satu hari, sewaktu disekolah agama. Ada seorang budak lelaki. Syafiq namanya. Syafiq tarik kerusi saya kebelakang sebelum sempat saya duduk dan ini menyebabkan saya jatuh. Sakitnya..hanya Tuhan yang tahu. Macam nak patah pinggang ni.

Perkara tu, sampai ketelinga kakak saya yang kelasnya hanya bersebelahan dengan kelas saya. Kak Farah masuk dalam kelas saya tanpa permisi dan apa yang saya nampak 'Kak Farah sepak pipi Syafiq'.
Bukan tu saja. Banyak lagi yang jadi. Sebab tu, bila orang tanya, saya ni tak cemburu ke dengan kakak saya, jawapan saya -tak-.

Kalau nak diikutkan, secara kasarnya..ya saya akui kelebihan kakak saya terserlah berbanding saya tapi apa lagi yang saya mahukan. Selama ini dia yang menjaga saya. Perit jerih hati ini, dia tahu semuanya. Jadi perlukah saya berhasad dengannya sedangkan saya tahu setiap manusia itu ada destini hidup sendiri?

3. Baby
Adik bongsu saya. Ahh.. dia bukan wanita pun. Baru sembilan tahun. So, perangai dia yang annoying tu membuatkan saya tak ada benda nak cerita fasal dia melainkan ...

saya selalu buli dia
saya sangat suka buli dia
hari hari saya buli dia
sebab dia sahaja yang boleh dibuli
kesian dia..dibuli oleh saya.

Selamat Hari Wanita.. =)