Monday, March 18, 2013

Respect


Apa pendapat anda, kalau 'seseorang' tak kiralah sepupu ke, siapapunlah, masuk bilik anda tanpa keizinan. Bukan itu sahaja, cuba bayangkan bila depa dah masuk bilik anda, depa siap kunci lagi pintu bilik sampai anda tak boleh nak masuk. Saya rasa itu bukan setakat tak hormat tapi itu dah dikira kurang ajar. 

Maaflah, saya ni bukan jenis orang yang hatinya baik sangat. Susah untuk saya mengikhlaskan barang barang saya daripada disentuh oleh orang lain. Tapi jangan salah sangka. Kalau setakat adik beradik saya tu, saya tak lah kisah mana. Sama darah kan. Lagipun keikhlasan saya ni bergantung kepada perasaan saya juga. 

Kalau saya tak berapa rapat sangat dengan seseorang tu, ataupun saya ada tak berkenan dengan perangai dia ke apa, saya memang susah nak ikhlaskan hati saya. Bukan saya nak pilih kasih tapi saya ni manusia. Hanya manusia biasa. Perasaan yang macam tu datang tiba tiba. Saya tak boleh nak control. Ditambah pula, saya ni bukan jenis yang mudah suka pada orang. Saya seorang yang ramah. Boleh dibawa bicara dan ketawa, tapi untuk suka dengan seseorang tu, saya payah sikit. Hati saya tak sebesar mana. Payah nak buka ruang untuk banyak manusia. 

Kepada sang tetamu. Saya tahu anda tu tetamu dan saya perlu respect tetamu. Tapi sepatutnya, anda pun perlulah respect harta saya. Tak kiralah apapun hubungan antara kita. Saya cuma tak suka anda ceroboh ruang peribadi saya. Anda tak layak berkongsi dengan saya sebab saya tak suka kongsi apa apa pun harta saya dengan anda. Haiiishhh.. 

Tapi benda ni semua terkecuali daripada a few people macam mama saya, adik beradik perempuan saya, cousin yang saya sayang macam Pipa dan Kak Ika. Yang lain tu, tolonglah peka dengan sinbol NO ENTRY pada pintu bilik saya tu. Saya tahu anda sedang cuba nak tackle hati saya, tapi saya tak suka orang lain suka suka hati je nak masuk dalam hidup saya. Tak kisahlah anda tu lelaki atau perempuan dan samaada saudara saya atau bukan. 

Bila saya menolong, itu tak bererti saya terima anda dalam hidup saya. Menolong tu kadang kadang jadi habit saya. (kadang kadang). Kalau saya betul betul boleh terima anda dalam hidup saya, biasanya saya yang akan text anda dulu ataupun bila anda message saya akan response ataupun saya ada tulis sebarang stupid things dekat wall anda. 

Maafkan saya. Saya dilahirkan begini dan apa yang saya tahu, proses kehidupan saya mengajar saya untuk menjadi saya yang ada didepan anda sekarang. Saya bukan tak cuba ikhlaskan hati ni, cuma saya tak mampu nak kawal hati dan perasaan saya. Jujur, hati saya sangat sakit bila anda..ya anda(tetamu di rumah saya) masuk kedalam bilik saya dan menguncinya. Saya tak tahu kenapa tapi hati saya terasa bisa.