Dalam hidup ni. Ada ketika aku rasa bahawa aku sempurna. Sempurna yang bagaimana? Aku pun tak tahu macam mana. I mean, maybe apa yang aku ada sekarang ni, aku rasa dah cukup. Its like dah cukup tapi belum lengkap.
Tapi ada ketika lainnya, aku rasa dunia sangat gelap. Tak bercahaya.
Jiwa terasa kosong dan sebak secara tiba-tiba.
Mata layu dan tubuh seolah olah tiada tenaga even dah melantak!
Menyedari, bukan sahaja tidak sihat dari segi fizikalnya malah mentaliti ini juga turut terjejas.
Aku tahu Allah itu ada. Sentiasa ada. KekuasaaNYA boleh dilihat dimana-mana. KeagunganNYA sentiasa ada bersama. Nafas ini masih berhembus. Jantung ini masih berdenyut. Aku tak tahu sampai bila aku dapat nikmati pemberian ini. Andai kata hari ini adalah hari terakhir buatku. Adakah aku akan biarkan ia menjadi satu hari yang sia sia?
Ada cerita yang aku tak mampu nak cerita. Entah.
Aku sedang kosong, kekosongan.
-meaningless-