Friday, January 19, 2018

#ofhardshipsandsuckinternlife

Dua bulan ni, aku banyak menangis. the more I cry the more sadder I feel. semalam, dah macam anak kecil. nangis dengan sedu sedannya. serupa waktu aku nangis masa kena marah dengan ayah. it's all memories. tapi semalam sedih betul rasa hati. gundah gila rasa jiwa. on my way from office, aku nangis dalam kereta. mula2 perlahan sebelum tangisan bertukar menjadi guruh yang berdentang. 

sampai rooftop, aku park kereta. aku sambung nangis dalam kereta. redakan apa yang ada. bila rasa dah cukup sedia, aku buka pintu kereta. dan masuk dalam rumah, letak je beg, ah nangis lagi. aku lepaskan lagi --biar. dah habis tu, pergi solat. nangis. pergi tengok tv. nangis. itu saja kerja aku semalaman. tapi mengenangkan Jumaat nak jumpa kakak aku dekat shah alam, aku ukir semula senyuman. 

malam2 terjaga. sakit perut. cirit birit. food poisoning barangkali. muntah banyak kali. aku tak rasa sakit pun, tapi lebih kepada hati galau. sampailah kawan mimi whatsapp aku pasal satu kerja. (lupa nak cakap, yes aku apply tempat intern baru) -- tapi, dia tak bagi kata jawapan lagi. aku cuma harapan, jawapan dia adalah jawapan yang aku nak dengar. tak apa, tunggu esok pagi. sabar. 

pagi2 bangun. excited betul kemas baju semua. habis kerja nak gerak shah alam, jumpa kak farah. excited buka pintu kereta sebelum aku sedar, kereta aku tak boleh start. kau dah kenapa? lebih buntu dari panik. lebih serba salah dari takut sebab tahu bakal susahkan lagi hati orang tua. apa, apa je yang tak kena dengan aku sebulan dua ni. 

aku park dekat rooftop. parking building ni tak ada lif, cuma ada tangga. aku tingkat lima. kau rasa? dan mula lah senaman pagi, entah berapa puluh kali aku naik turun naik turun tangga, cari guard, cari orang yang telefon boleh call hot line (aih, nanti aku cerita kenapa dengan phone aku pulak), cari siapa ada jumper. 

11am. jumpa sorang pakcik ni. aku tak tahu entah macam mana mulut aku lancar je tanya, "ada jumper?" dan dia teragak-agak nak tolong sebab mungkin dia pun dah lambat pergi kerja, tapi dia tolong aku juga. dah hidup enjin. dia tolong hantar aku pergi kerja, sebab aku takut kereta aku tak boleh start pula nak balik kerja nanti, dkt sana mana aku nak cari jumper?

aku rasa ralat semua ni jadi. aku rasa pahit semua ni jadi. aku rasa payau dan galau dekat hati. tapi tak tahu nak describe macam mana dah. geram kadang2 nak tunggu jawapan dari Tuhan, tapi I know every words I said, I must be responsible of the weight. Jadi aku kena tetap bersangka baik pada Tuhan walau sekarang hati rasa dah tak tertahan. 

If you guys reading this, ask me if I am okay. sebab I know I am not but I will say I am okay sebab aku nak aku okay facing all these thing. tak tambah lagi dengan aku susahkan family banyak dah. kakak aku dtg dari shah alam semata nak tolong aku yang tak habis habis dengan masalah. how did i invite all these problems over ha? would u like to share some? hhaha

tapi aku rasa, my car just don't like kl as much as I am. sebab tu dia mcm aku juga. hhaha

aku sedih. aku nak nangis lagi. bye