Semalam
bertegang urat dengan tuan rumah
panas whatsapp group sp1-17 bila tuan rumah
mahu bawa teman lelaki mat sallehnya.
semua bantah kecuali sekutunya.
semua undang-undang yang dia cipta
tak applicable untuk dia,
dia terkalis dari semua tata tertib yang dia mahu orang jaga
padahnya, aku dapat notis keluar rumah
atas sebab ketidakpuas hatian,
atas sebab tak bersetuju dengan dia,
aku ambil peluang ni,
sebab dia yang kick out kami,
maka dia kena pulangkan semula deposit kami,
aku pun tak hadap duduk dengan tuan rumah perangai tak semegah,
tapi ayah pesan "cakap elok2"
walau dengan apa jadi ayah tetap pesan "jaga adab"
penuh sopan santun ayah ajar untuk aku jadi,
tapi dengan manusia2 macam ni,
jarang aku boleh,
tapi sebab ayah pesan, maka aku turutkan.