Sudah dikhabarkan dimuka buku sebentar tadi. Tentang ketidaktenangan hati ini menghadapi hari kedepan sementara masih ada poersoalan yang tak terjawab. Bagi sesetengah pihak, ini adalah perkara remeh yang tak perlu diendahkan. Namun seringkali perkara yang tidak diendahkan inilah yang kelak bakal membawa persoalan terbesar dalam hidup.
Jangan biarkan diri anda menjadi seorang yang 'judge mental'
quotes hanya tinggal quotes. Hakikanya, tak ada seorang manusia pun terlepas dari menghakimi seseorang. Termasuk aku. Tidak aku nafikan, biarpun seringkali aku mengingatkan diri ini. Namun rasukan dan hasutan itu lebih kuat. Insaf akan kelemahan imanku disitu.
Menjadi persoalan dibenak, mengapa mereka memandang aku dengan pandangan yang boleh aku katakan, bahawa mereka seperti melihat sesuatu yang begitu jijik dan menjengkelkan. Mata mereka penuh dengan api kebencian. Anak mata yang hitam menandakan betapa hitam dan gelapnya perasaan mereka pada apa yang dipandang oleh mereka. Sungguh, aku terasa benci mengingatinya.
Cuba dilupakan, tapi tak mampu juga minda ini mengusirnya. Aku sedar, kesakitan seringkali sukar dilupakan. Sedangkan bila bahagia, jarang sekali mengucap syukur. Sesak didada dah tak tertanggung rasa. Maka satu langkah harus kubuka untuk mencari jawapannya. Agar hati ini bisa merasa tenang. Agar bibir ini mampu ukir kata maaf. Moga tiada dendam.
Alasannya, aku ini suka marah tak tentu pasal. Air muka aku memang begini. Senyum sampai ketelinga pun masih ada yang gelar aku garang. Marah aku tentunya bersebab. Cuma aku tak kecoh nak mengumumkannya pada satu warga sekolah. Cukup, hati sendiri menahan pedih. Tapi, huluran maaf aku sampaikan buat yang ada dikelilingku saat api marah membakar diri. Mungkin ada yang terkena tempiasnya sekali dan akhirnya menimbukan rasa benci.
Sedar itu kelemahan aku.
Poyo itu kalau diturutkan mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4 ialah handsome.
Aku ini seorang perempuan yang kelak bakal menjadi seorang wanita. Cantik atau tidak, nilailah dengan mata hati, mata kepala, anak mata, bapa mata dan ect. Cuma , poyo itu amat tidak bersesuaian dengan situasi saya.
Jika benar memarahi. Jika benar ada pedih yang saya tinggalkan dihati. Gunalah perkataan yang bersesuaian. Tapi tak mengapalah. Mungkin ketika itu, kamus dewan dirumah mereka hilang, basah , terbakar atau telah bersemadi didalam tong sampah. Entahlah!
Kuasa yang diberikan saya guna seadanya.
Superman mempunyai kuasa, tetapi apakah guna kuasanya itu jika dia tidak menggunakannya untuk menyelamatkan orang ramai. Dari sisi kehidupan saya pula, mungkin mereka tak mengerti prinsip apa yang saya pegang apabila menjawat jawatan sebagai seorang pengawas. Saya sendiri tak pernah berjaya menerangkan bagaimana saya memangdang posisi pengawas dalam hidup saya, jadi saya tak mengharapkan yang lain mengerti.
Cuma dikesempatan ini, saya hanya ingin katakan. Berjuta manusia kita kenal, percayalah.Tak akan pernah ada yang sama seperti kita. Perbezaan pendapat dan perwatakan itu pasti wujud antara kita. Jika sudah diketahui faktanya, mengapa masih bertindak melulu dengan memilih 'aku-benci-dia' sebagai jalan yang terakhir.
Adilkah jika anda membenci saya tanpa saya tahu sebab dan alasannya?
Belajar mengenali dan kemudian menerima. Jika benar tidak suka, diamkan sahaja. Tak perlu tersebar disebar merata dunia. Kerana masih ada sesuatu didalam diri kita yang pasti ada orang tak suka. Jangan rasa apa yang saya rasa. Dan jangan buat orang lain rasa apa yang saya rasa.