Saturday, April 13, 2013

Pergilah..

Jangan jadi penghalang aku lagi. Bersama tak semestinya menjamin bahagia. Kali ini, biarlah kau jauh dari aku dan biarlah aku pergi jauh dari ruang masamu. Kerana, ada masa dan ketika. Aku terlalu menginginkan kesendirian yang berpanjangan. Bukan bersendirian dari insan insan, tapi hanya dari kau seorang.

Bukan kerana benci yang menyelaputi sekeping hati ini. Cuma aku tak pasti akan hadirkah yang dulu dalam hidup aku nanti. Aku mungkin berbeza. Berbeza dari yang kau kenal sebelumnya. Kau mungkin akan lebih terluka. Terluka dimamah luka yang kau cipta.

Untuk kali ini. Lepaskanlah aku. Biarkan aku berjalan sendiri. Menggapai matlamat yang telah aku tetapkan. Biarkan kubu yang kubina kali ini lebih mantap. Tolonglah.. biarkan. Lepaskan.

Atur hidupmu dijalan yang berbeza. Apa yang kau lakukan, jangan ikut hati dan jangan ikut akal. Takut akal dan hati sama sama berkomplot. Dengarlah jawapan daripada istikharahmu. Agar jawapannya nanti yang terbaik buatmu. InshaAllah. Mudah-mudahan. Aku sentiasa mengharap yang terbaik untukmu.

Kasih itu tak akan mati. Paling tidak pun, beku menjadi benci. Di musim panas nanti, mungkin dia akan kembali cair menjadi sesuatu yang memberi rahmat.

Yang manis itu sentiasa untuk orang yang sabar.