Tuesday, April 16, 2013

Cinta itu ibarat virus yang wujud dalam sistem imunisasi manusia. Zint

Benar. Cinta itu fitrah manusia. Seego manapun seseorang itu, dia pasti jatuh cinta. Seburuk manapun mata insan memandang, dia pasti jatuh cinta. Wajarlah perasaan itu. Itu adalah perasaan yang Allah selitkan dalam hati kita untuk merasakan bahagia dalam menagih cinta-NYA. 

Namun yang ingin dikatakan bukanlah soal cinta jiwang karat tu. Cuma ada satu bayangan bermain dalam minda saya dan menjadi tabiat saya untuk mengilustrisasikannya. 

Perbezaan apabila bercakap mengenai 'cinta' semasa diawal remaja dengan di akhir remaja. 

Kecil kecil dulu bila cakap fasal lelaki tiba tiba rasa malu tak tentu fasal, 
tapi sekarang siap kutuk bagai . Hingga kadang-kadang, 'judge mental' tu terlebih. 

Kecil kecil dulu bila cakap fasal karakter pasangan yang kita nak. Ayat yang selalu kita dengar ''saya suka orang yang macam ni, macam tu and macam macam. 
Tapi sekarang. We speak it so loudly and very obviously. Like this '' aku tak nak yang macam ni. Macam tu pun aku tak nak. Aku nak yang macam ni, macam nun, macam macam. Kiranya, kita dah really realise type apa yang kita nak.