Tak tahu silapnya dimana. Tak tahu nak salahkan siapa. Kesemuanya dalam kesempitan bersuara. Bukan kerana tidak diberi kebebasan, tetapi kerana tak tahu bagaimana mahu memulakan. Perkara ini menjadi semak sejak sekian lama. Tiada awalnya. Tahu tahu sahaja, ia menentukan nasib ini untuk selamanya.
Bila mengadu pada hati, hati seakan tiada memberi belas. Sudahnya, terjelepok jatuh dilantai marmar yang tak pecah, tak retak. Sakit bukan kepalang. Kerana lukanya tak nampak, tapi berkepuk didalam dada seakan mahu pecah dan bila bersendiri, banjiran cecair akan keluar dari tubir mata. Malam bertanya, 'kenapa kau bersedih?' . Disaat itu, meraunglah semahunya. Tiada yang mendengar. Hanya DIA.
Saya sendiri pernah merasakan perasaan itu. Perasaan dibiarkan dan dipinggirkan. Perasaan itu datang diatas akta 'persekitaran'. Persekitaran yang mungkin membuat kita merasa teruk dan buruk, sehingga membawa kepada jatuhnya semangat dan datangnya spirit of giving up. Acap kali khayalan menggantikan dengan realiti kehidupan sehingga tak mampu mengenalpasti antara yang palsu dan yang benar. Kepedihan yang menjalar itu tak terasa di siang hari. Bukan juga di ambang malam. Tetapi ketika mata ingin lelap. Fikirnya mahu nyahkan diri sendiri dari dunia fana ini buat sementara, namun apalah dayanya otak ini, tetap mahu memikirkan peristiwa-peristiwa yang membawa jatuh diri ini.
Secara fiziknya, tiada apa apa yang berlaku. Hanya seperti biasa. Otot otot meregang dan mengecut mengikut langkah. Otot di muka bekerja paling keras, bagi memastikan senyuman yang dihasilkan adalah senyuman yang cukup perfect bagi mengaburi mata insan. Namun, kuasa Allah. DIA berikan hambaNYA sepasang mata. Sepasang mata yang dikatakan tak boleh menipu, tetapi seringkali saya lolos bila menipu biarpun mata bertembung mata. Tak sangka, ada juga yang perasaan tentang perasaan saya ini hanya dari membaca mata saya. Sesungguhnya, itu kejutan buat saya. Tertanya juga, adakah dia my future soul mate? But it will never be.
Tetapi, itu jugalah yang berlaku apabila saya berdepan dengan dia. seorang insan yang saya sayangi. seorang insan yang saya tahu semangatnya sudah pergi. Matanya berair kesedihan. Mukanya menggabarkan kesedihan pada saya. Terasa bersalah tiba tiba, mengenangkan hilai tawa saya didepan dia yang berlebihan sedangkan saya tahu dia dalam kesedihan. Saya mengerti perasaan tersenyum dengan hati yang luka dihadapan kawan kawan yang menggegar pencakar langit dengan tawa mereka.. Sakit.
Sesungguhnya, saya ingin membantu dia. Memberitahu serba sedikit tentang bagaimana caranya kita hendak keluar dari belengu itu. Belengu yang menyakitkan dan mengelirukan. Namun, tak mungkin dia mahu mendengarnya sedang saya hanya orang biasa biasa.
The teary eyes
People said ' Sadder man is when they cries. Saddest man is when their eyes teary'
Sabarlah duhai saudara seagamaku. Agama Langit ini adil. Ada cahaya buatmu disana. Teruskan bergerak. Don't stop moving.