Tuesday, April 2, 2013

Friendship;



Dalam persahabatan pasti ada salah faham yang membawa kepada agenda 'tarik tarik muka' or kalau waktu sekolah rendah, 'tak nak kawan dengan awak lagi'. Semakin kita dewas, everything mess up and jadilah diri kita sekarang yang begitu complex dengan pelbagai perasaan. 

Wajarlah ada onak dalam bersahabat, namun apa yang pasti, apa yang terjadi selepas itu bergantung kepada kita untuk menentukannya samada 'leave them' or 'carry on'. 
Kita manusia biasa. Nak lari dari masalah tentunya tiada kuasa, maka terimalah sesuatu keadaan itu seadannya. 

Bila kawan yang kita sayang buat kita sedih yang seterusnya membawa kepada luka yang sangat dalam, perkara terbaik yang boleh dilakukan adalah kekal diam. Kita senyap bukan bermakna kita setuju untuk break the bond dan bukan kerana kita sombong. Tapi kita hanya cuba meredakan api yang menjulang. Kata orang, api kalau bertembung dengan api tak akan reda amarahnya. 

Tapi, walau sesakit mana pun luka tu. Biarpun pahit ibarat hempedu, janganlah kita membenci. Berlakunya sesuatu perkara itu pasti ada sebab dan musababnya. Lebih baik kita bertanya daripada membiarkan diri kita menjadi seorang yang judgmental. Walaupun parut itu masih ada, namun sentiasalah ingat kebaikan dia kepada kita. Sebab walau apa pun yang dah terjadi,kita juga tak boleh lupa bahawa satu ketika dahulu, dialah sahabat sejati. Dialah yang membantu dikala susah dan dialah yang menemani dikala sendiri. 

Respect and demand more.