Dari Ladies room, derap langkah Sofea menjadi kacau dan bilau. Jalannya sudah tak tentu arah. Matanya melilau mencari seseorang dari ribuan manusia yang membanjiri expo sempena KCT. Kunci bilik hotel dipegang erat, kukuh dan teguh.
Bibir Sofea mengukir senyum bila melihat seorang lelaki yang hampir separuh abad berbual dengan rakan rakannya barangkali. Lelaki itu dihampiri. Dalam lorat Kelantan. "Apak, Sofea bocor la apak. Macam mana ni?". Mata lelaki itu tajam menikam. Air mukanya yang lembut bertukar bengis secara tiba tiba.
"Kau ni betul lah, asal tak prepare awal awal?" Dijerkahnya Sofea ditengah sesak manusia.
Entah berapa ramai manusia disekeliling yang memandangnya ketika itu. Dicuba tahan air mata itu. Dicuba tahan dan tak setitis pun yang keluar. Tiada jawapan dari Sofea, cuma dia berlalu dari apaknya. Memusingkan badannya kearah pintu keluar.
Kakinya semakin laju. Semakin laju mengikut rentak jantungnya yang terasa sebu. Hatinya bermonolog 'aku datang kepada apak, kerana aku ingat apak mampu menjadi pelindung aku. Tapi nyata aku salah. Yang mampu melindungi aku hanyalah diri aku dan pemilikku sahaja. Allah. Jika apak sendiri tak mampu menjadi pelingdung aku, inikan pula lelaki lelaki lain dalam dunia ini. Jika apak sendiri tak betah dengan aku, inikan pula lelaki lain. Mungkinkah lebih baik jika aku tak berlaki suatu hari nanti?'
bersambung...