Monday, April 15, 2013

Just Silent!

Kadang kadang, aku tak minta diterima,
difahami, dimengerti, atau yang sepentas dengannya.
Aku faham apa yang seringkali kau cuba sampaikan.

Tentang aku dan sikapku.
Tentang aku dan bahasaku.
Tentang aku dan kekasaranku.
Tentang aku dan kelemahanku.

Seringkali, apa yang berlaku diluar dugaan kita semua.

Aku faham niat dan tujuan kau tu.
Aku faham tentang kerisauan kau keatas diriku.
Aku faham tentang perjuanganmu.

Cuma untuk kali ini sahaja.
Lepaskan dan Biarkan.
Apa yang kau fikirkan mungkin sahaja terjadi dan mungkin sahaja tidak.
Engkau adalah apa yang kau fikirkan. Kan?

Kali ini sahaja,
disaat semua sedang kecoh hingga timbul hiruk dan pikuk.
Aku mohon kau tinggal diam.
Aku hadam setiap butir bicaramu.
Cuma kadang kadang, sesuatu itu lebih baik jika tidak diperkatakan.
Bukan kerana sombong,
mungkin hanya kerana 'bukan masa yang tepat untuk mendengar'

Diam itu yang aku dambakan darimu ketika ini.

InsyaAllah, butiran bicaramu akan ku takung dalam cuping telingaku.
Moga yang baik baik sahaja hendaknya nanti.
Yang penting doamu buat diriku.

Aku kunci rapat mulutku dan kuncilah bibirmu.
Agar dapat aku berfikir dengan tenang.