Aku rasa dunia kejam dan kekejaman itu diwujudkan oleh manusia sendiri. Kita yang menghancurkan bumi yang patutnya kita tadbir. Pesalahnya kita, tapi marahnya pada orang lain. Apa adil? Dalam kekejaman yang buat kita rasa teraniaya, ada satu hal yang kadang kita lupa, rasa kasih yang mengatasi segalanya. Sejahat manapun satu manusia, pasti ada sedikit rasa mahu jadi baik. Macam kita - kitalah. Bukannya baik sangat pun. Setiap hari, sering saja melakukan khilaf dan salah, tapi 'mahu jadi baik' itu ada. Misalnya, aku rasa, satu hari nanti, aku mahu solat penuh, aku mahu lancar ngaji, aku mahu pakai tudung labuh, aku mahu itu dan ini . Meski hanya sekadar niat, namun percayalah jika terdetik hati kita untuk melakukan kebaikan, pasti Allah akan jentikkan hidayah kedalam diri kita, untuk kita diakhirnya melangkah kepada Dia. Sungguh, cara Allah menyantun hamba-hamba-Nya sangat cantik sekali.