Monday, August 1, 2016

#3


Adil.
Aku tak tahu apa bentuknya adil tapi aku tahu mereka dah cuba.
Cuba dengan sungguh-sungguh malah sehabis daya.
Aku tak tahu apa itu adil tapi apa yang bagi kau hak untuk kata kata mereka.
Titik peluh mereka. 
Jerih payah mereka - kau tak pernah nampak. 

Ini bukan satu usaha untuk saja saja mereka julang nama. 
Ini satu usaha untuk kita semua. 
Semua tu termasuk kau, aku dan kita
Jadi dimana letak pilih kasihnya? - tak ada. 

Kita tak mungkin punya segalanya. 
Kita tak mungkin menang dalam segalanya. 
Tapi, kita cuba, 
cuba cubalah bagi ruang untuk terima apa yang ada pada kita. 

Kau ada rasa?
Aku tahu kau ada rasa.
Marah, geram, benci, sakit hati - semua ada. Itu aku faham. Aku kan manusia.
Tapi, jangan hanya fikir rasa kita. 
Hormat hormatlah yang lain - aku, kau dan kita semua manusia. 

Aku saksi penat lelah mereka, tak kan aku mahu duduk duduk saja.