Monday, August 15, 2016

a liitle word

Bila kita tidak mengenali,
Kita mudah sekali membenci,
Mudah sekali terasa hati,
dan tentunya -- mudah sekali menjauhi.

Tapi cuba, kalau kenal.
Dikutuk dimaki pun rasa seperti dipuji.
Ditepuk tampar pun, tak terasa hati.
dan dalam keadaan apa pun, akan cuba memahami.

dan mungkin,
selepas ini kita bisa tahan diri,
dari terus menerus rasa tersakiti,
dengan hal-hal yang remeh saat kita belum mengenali,
kerana mungkin saja,
tak terniat dihati sesiapa untuk menyinggung hati,

dan mungkin,
sedikit saja barangkali,
kita cuba untuk lebih memahami.

No comments:

Post a Comment