Ada masa jiwa kita rasa kosong tapi berat.
Ada masa kita rasa sunyi dalam hiruk pikuk manusia.
Ada masa kita rasa hilang sedang semuanya ada depan mata.
Ada masa kita rasa tertekan sedang tiada sebab yang terzahir.
Ada masa kita rasa seakan ada satu bebanan yang sangat berat terpaksa dipikul bahu.
Ada masa kita seakan mahu putus asa dengan segala usaha.
Ada masa kita tak tahu tujuan kita apa.
Ada masa kita tak tahu pun siapa kita.
dan untuk setiap manusia yang melalui 'masa masa' ini, aku hanya ada satu penawar.
back to Allah
stress? check balik hubungan kita dengan Allah.
Bila kita rasa berat di jiwa, cari Allah.
kenal Allah dengan asma nya,
berkata dengan Allah melalui kitab Al-quran
Aku pemberi pesan bukan kerana aku sudah sempurna, tapi kerana aku baru saja melalui fasa itu. Aku cuba membuktikan tekanan ini akan reda jika aku mendengar lagu lagu yang memberi makanan pada rohani. aku cuba menjerit sekuat hati. aku cuba berlari, mengerjakan otot otot semaksima mungkin. Aku dodoikan diriku dengan lagu lagu tapi hasilnya I have got nothing.
Tertekan itu lumrah, tapi adakah dengan makian tekanan itu akan berkurang? Tidak.
lalu adakah dengan melempiaskan marah pada yang tak bersalah? Tidak.
Adukan pada Allah. Sungguh dia Maha Mendengar.