Monday, August 1, 2016

Rahsia.

"Bukan saja saja nak marah, 
Bukan saja saja kata tak suka, 
ada sebabnya kenapa dan mengapa. 

Bukan tak nak bagitahu, 
tapi tak semua rahsia aku, kau boleh tahu. 

Dan sebab itu -- maaf. 
Kalau kau tak dapat faham aku"
 - farhannakarim 

Mungkin lewat puisi kau boleh faham. Aku ini jenis orang yang memang sukar difaham. Bukan saja-saja mahu jadi macam tu, kadang aku sendiri pun keliru, dengan aku. Aku faham diri aku. Aku faham, aku jenis yang sukar difaham. Setiap hari, adalah hari baru untuk aku. Setiap hari aku ini - ada saja yang tak tentu. Boleh jadi, semalam aku suka makan kari, hari ini aku benci. Boleh jadi, semalam aku suka gurau gurau, hari ini muram. Sebab tu, awal dulu aku pesan. Kalau kau boleh tahan - stay. Sebab aku perlu teman. Dan bila kau rasa tak boleh - pergi. Sebab aku tak nak buat orang lain terasa hati.