Wednesday, August 3, 2016

Bezanya Tahu dan Faham

Dear, 

sungguh tahu dan faham itu tidak sama. 
Dimana tahu, kau tahu dia, tahu macam mana karakternya. 
Kau tahu dia dari mana, kau tahu suka dan tak sukanya.
Kau tahu banyak tentang dia. 
Kau tahu apa yang buat dia marah. 
Kau tahu apa yang buat dia gembira. 

Tapi, 

Sebanyak mana pun kau tahu tentang dia, 
itu belum pernah cukup untuk kau faham dia. 
Dimana faham ini - kau terserap dalam karakternya. 
Kau faham dia macam mana, adalah 
apabila dia marah - kau merasa sakit dihatinya yang membuat dia marah. 
apabila dia sedih - kau turut merasa gusar dan mengerti mengapa perkara 
itu membuat dia sedih dan 
apabila dia gembira - kau tidak merasa hasad, kerana kau tahu, apa yang kau mahu - adalah dia bahagia. 

sebab itu, 
bila kita hanya tahu dan bukan faham - lebih baik diam. 
kerana kita tak tahu, berapa dalam luka yang kita bagi, 
hanya kerana kita pura-pura faham. 

dan untuk aku, 
aku mohon kalian mengerti. 
awal lagi dah aku khabr, aku ini sukar dimengerti, 
tolong jangan tambah sulit keadaan ini, 
bila aku kata jangan -- jangan. 
untuk sekali, tolong memahami, jika aku kata 'berhenti' 

dan aku ini, 
jenis yang tak mampu nak baca orang, 
kalau kau tak cakap -- aku tak faham. 
aku cuma nampak apa yang aku nampak. 
dan dengar apa yang aku dengar. 
aku ini, macam tu. 
sebab tu, kalau kau terasa hati dengan aku -- cakap.  

kenapa aku macam ni? ada sebabnya. 
sebab yang aku tak boleh bagitahu. 
dan aku takkan nak ubah prinsip aku
semata mata bila kau kata -- kau tak suka.
sebab untuk aku, kau takkan sampai tahap istimewa,
untuk aku terinspirasi ubah cara. 

dan terpaling maaf aku mohon, dari hujung kepala hingga ke kaki.
Jika ada lagi perkataan aku, yang menggores mencalarkan hati -- maaf. 

No comments:

Post a Comment