Bila engkau melihat kesalahan pada saudaramu,
ketahuilah bahawa engkau tidak membantu dengan
membicarakan kesalahannya,
namun kau boleh membantunya dengan berbicara lansung kepadanya,
dengan cara yang baik dan dengan kasih sayang.
Bila engkau dinasihati saudaramu,
membela diri bukanlah pilihan yang tepat.
Bial saudaramu datang dengan kasih sayang,
maka nasihatnya itu berkah,
betul atau salah, tetaplah baik adanya.
Maka dengarkan dan berterimakasihlah padanya.
Kerana kita semua dipersaudarakan oleh Islam,
lebih kuat dari darah,
lebih panjang dari umur dunia,
dan lebih mahal dari kumpulan harta,
kita bersaudara dan saling bercinta kerana Allah Azza Wa Jalla.
Ukhwah Fillah