Sukarnya menjadi seorang anak
Membatah dikata tidak mendengar
mengiakan sahaja hati juga yang parah.
Di mana mahu diluah resah yang terkumpul,
ke mana mahu dialirkan jiwa
yang sedang luka.
Kini baru dia sedar betapa payahnya
untuk menjaga perasaan.
Selamat Hari Ibu, Mama !!!!
Teriaknya dalam hati. Dia bukannya pernah nak wish betul betul secara face to face. Sukarnya untuk dia memahami hati mamanya itu. Biasanya, kakak dia sahaja yang banyak bercakap dan banyak berkongsi masalah mamanya. Dia tidak tahu bagaimana mahu menjadi comforter kepada seseorang. Dia tak biasa. Tapi kalau setakat pujuk pujuk plus 'saiko' orang tu dia terror la.
Dingin biliknya membangunkan dia daripada tidur yang tidak lena. Merangkak dia diatas katil sebelum turun. Remote controller air conditioner di ambil. 'Huh suhu dah naik 22 darjah pun still buat aku freezing! Tak kembang otak aku nanti!' gerutunya dalam hati. Pintu bilik air dibuka. ''Lega'' perutnya ditepuk tepuk. Alasan mengapa dia buat begitu pun dia tidak tahu.Botol yang mengandungi pil pil putih itu diambil. Dia telan sebiji. Naik muak pulak dia, tapi sebab dia nak sihat, makan juga dia pil tu. Dah masuk 1bulan dah semenjak dia makan pil itu. Tapi keadaannya masih tetap sama. Badannya sakit sakit semua. Dia kembali tertidur diatas bantal merah hati yang besar saiznya. Baru sahaja dia hendak terlelap, pintu biliknya diketuk dari luar. ''Bangun! sembahyang Subuh!'' . ''Ya ma.'' pendek jawabnya. Jam tangan yang disangkut ditepi dinding dibelek. 'Huh' dia mengeluh. Pagi pagi dah mengeluh.
Rumahnya agak bising hari ini. Entah dimana silapnya. Nak dikategorikan mamanya seorang yang suka membebel tak boleh juga kerana mamanya marah pasti bersebab. Cuma dia dapat melihat yang mamanya agak tertekan sejak beberapa hari ni. Sukar untuk dia berkata. Sukar juga untuk dia menegakkan pendapatnya. Apa yang dikatakan oleh mamanya hanya didengar tanpa perasaan. Tangannya lincah sahaja melipat baju baju yang menimbun diatas katil. Nak harapkan siapa kalau bukan dia? dah memang dia sahaja anak yang paling besar yang ada dirumah tu. Takkan nak panggil kakak dia balik kot? Tapi saat ini dia memang berharap akan kepulangan kakaknya. Berharap bahawa kakaknya dapat mengurangkan tekanan ibunya. Dia memang buntu melihat mamanya begitu.
Esok Hari Ibu.
Tersebar info di Laman 'Muka Buku' yang mengatakan bahawa Hari Ibu adalah dilarang kerana pada hari itu bangsa yang beragama Kristian menyembah dewa Ibu. Ha lebih kurang macam tu lah. Dia kurang puas hati dengan pendapat itu kerana baginya tidak salah jika kita ingin menghargai ibu kita. Lagipun yang kita sambut tu ibu kita bukannya girlfriend or boyfriend macam hari Valentine tu. Segalanya berbalik semula pada niat kita. Memang lah hari hari kita patut appreciate ibu kita tapi tak salah kan kita nak gather ramai ramai untuk ibu kita?
Jadi sempena Hari Ibu esok, maka jadual dia dikosongkan. Adik beradik sebelah mamanya (makcik makciknya) plan nak buat gathering kat kolam Air Panas Bemban Jasin. Jadi memang kena deralah dia hari ni sebab esok, menu yang akan dibawa oleh keluarganya ialah ketupat, kuah lontong dan sambal ikan bilis tambat. Dia suka!
Tapi dia tetap tidak lupa bahawa exam belum habis lagi. Nak tak nak, hari ni dia kena khatam juga buku teks biology form 4 & Chapter 1-3 form5. Semangat!!!
Selamat Menyambut Hari Ibu Semua