Thursday, October 24, 2013

a little words :)

aku tak macam mereka
mampu menginspirasikan orang dengan hanya kata-kata
tapi mereka tidak salah.
sebahagian daripada apa yang mereka katakan,
aku juga merasakan dan mengalaminya.
cuma aku bukan si pujangga yang bijak
menyusun kata- kata

selalu sahaja timbul rasa iri dalam jiwa
sebab tak mampu bermadah kata seperti mereka.
kata kata mereka bukan kata kata jiwang tak bermaka.
kata kata mereka bukan hanya kata kata kosong sepi dan tak terisi
tapi kata kata mereka ada sesuatu yang luar biasa.

mereka menginspirasi
mereka memotivasi
dan mereka punya satu journey hidup yang extraordinary.
bagi mereka ordinary.
tapi tidak bagi aku yang masih mencari jalan keluar dari tempurung ini.

aik, katak kah aku?

ya, berotak manusia berakal tiada.
menikmati apa yang ada tidak.
bersyukur jauh sekali.

rasanya dunia semakin mati kerana umatnya yang sedang nazak.
rasanya dunia semakin panas kerana hati umat
yang cepat sangat maraknya.
rasanya dunia tak stabil kerana umat yang menjalani hidup dengan
melanggar segala rule.
bayangkan milo+susu dibancuh dalam satu mug dan diisi dengan air panas 100C
sehingga tumpah tumpah selekeh meja?
tak ke bodoh namanya?

entahlah. Ini dunia. Fana
Fatamorgana bersepah tak terkira.
Rasa nak sangat selamatkan diri ni dengan orang2 tercinta tapi
kalau nak buat, tetap akan buat juga.

pendosa ni, tak layak masuk syurga
tapi tak berani juga nak junam ke neraka.
dan yang paling pendosa ni takut segala dosa-dosa yang dilakukan
akan menarik kaki ibu dan ayah dengan kejam masuk neraka sama.

kita tahu panas neraka tak terbayang.
tapi kita masih leka dengan syurga palsu ciptaan syaitan.

Apa yang kita mahu dan apa yang kita kejar sebenarnya?