Ketika diri masih diasak rasa risau yang tidak berpenghujung , dia masih tenang menunggu kesemua rakannya keluar mengosongkan kelas itu. Tangannya tidak selincah selalu. Hari ini dia terlalu perlahan mengemas barang brangnya yang berserak diatas meja. Maklumlah, exam week memang macam tu. Beg coklatnya disandang hanya disebelah bahu kanannya. Entah mengapa, mungkin dia selesa begitu. Dia merapati noticeboard dihadapan kelasnya. Cantik hiasan itu, coklat. Sama dengan warna kegemarannya. 'pamplet' yang sudah lama ditampal diambil. Dicabut paku tekan daripada kertas itu . Ditenung dan dibaca untuk kesekian kalinya. Bukannya dia tidak melihat pamplet itu semalam tetapi entah kenapa , bagaikan ada 'magnetic field' disitu. Dimasukkan pamplet itu dicelah-celah reference book Chemistry yang masih setia didakap walaupun exam sudah beberapa minit berlalu. Ye la, takkan dah habis exam nak terus buang buku tu. Itu gila namanya!
Menyedari bahawa memang tiada sesiapa yang menunggunya, dia meneruskan langkah dengan perlahan. Bukan dia tidak punya kawan cuma, mungkin dia dah terbiasa begitu. Dia merasakan dia hanya insan yang akan diteriak namanya 'Apabila Perlu Sahaja' . Dia sudah biasa. Kepalanya ditundukkan. Pandangan matanya tepat kearah tar yang kelabu asap itu. Dari jauh dia melihat gurunya, dia tersenyum. Dia memang suka begitu. Tetapi jarang sekali senyumannya untuk sesiapa. Ikut rentak mood perempuannya. "Makin sihat sekarang'' . Dia tersenyum. Sungguh dia kurang selesa begitu, tetapi itu merupakan persekitaran yang biasa baginya. Dia tidak suka diperhatikan. Dia tidak suka diagungkan. Dia tidak suka hidup dalam kelompok orang yang ramai. Tapi biasanya dia pandai berpura-pura. Dia sentiasa senyum dan bermuka muka padahal perkara yang paling dibenci olehnya ialah orang ramai. Bukan sembarangan orang yang mampu kenal siapa dia sebenarnya kerana dia juga tidak betah memahami orang lain. Katanya malas. Kerana nanti sakit sendiri! Itu katanya.
Langkah diteruskan dan kini dia tiba di tempat dia biasa pergi. Dia duduk ti tembok batu. Kalau waktu pagi, guru gurunya duduk disitu menanti tamatnya perhimpunan pada jam 7.40, tetapi pagi menganjak pergi dan kini tiba masanya dia pula yang duduk disitu menanti ibunya menjemput pulang. Keluh perlahannya didengari telinganya sendiri. Dia melihat sekeliling. Dia mengeluh lagi. Entah kenapa, hari ini dia asyik mengeluh sahaja. Telinga kirinya seakan akan mendengar suatu suara yang amat dikenalinya, lantas kepalanya ditolehkan kebelakang sebelah kiri. Dia tersenyum. 'Ada pun budak ni!' desis hatinya. Siapakah itu? Entahlah, dia sangat suka berteka teki dan berfikir dengan dirinya sendiri. Jarang benar apa yang diberitahu olehnya adalah daripada hatinya sendiri. Rasa - rasanya 3/4 kehidupannya selama 16 tahun beberapa bulan dipenuhi kebohongan. Dia lebih suka menipu untuk menyenangkan dirinya sendiri, untuk meredakan kerisauan ibu bapa dan untuk kepentingan semua. Tetapi jarang sekali kebaikan yang dia rasakan baik untuk semua menjadi kebaikan untuk semua malah sebaliknya yang berlaku. Itulah dia. Masih belum bijak mencatur kehidupan yang banyak panca dan robanya. Hahahahaha, mempermainkan perkataan pula.
''Hei'' . Satu suara menyapanya. Dia tersenyum. Rasa bersalahnya pada kawan yang seorang ini memang tebal. Sungguh sukar buatnya untuk menerima kawan yang seorang ni menjadi sahabatnya sedangkan tiada apa apa kesalahan yang dibuat oleh kawannya yang seorang itu. Hatinya , susah ditebak! Kemudian dua orang lagi menyusul. Tetap sahabatnya juga. Sama ada sahabat karib ataupun tidak, dia sendiri pun tak tahu. Katanya dia tak layak dan dia menyedarinya. Hmmm... biarlah. Biasalah , budak budak kelas pertama. Lepas exam je mesti kecoh. Bincang jawapanlah. tahap soalan lah dan perkara yang lazimnya dilakukan oleh pelajar pelajar kelas atas. Tapi tak untuk dia. Dia membekukan diri disitu. Walaupun dia yang paling besar diantara kawan kawannya yang lain tetapi dia tetap merasa dia yang paling kecil dalam soal pelajaran. Dia sedar dia seorang slow learner dan situasi persekitarannya membuatkan dia sentiasa down. Katanya cikgunya dia seorang yang terlalu depend on orang lain. Kerana itu, dia cuba mengasingkan diri daripada kawan kawannya. Dia hanya ingin fokus pada pelajarannya kerana dia percaya tiada siapa yang dapat membantunya kalau bukan dirinya sendiri. Dia mahu berhenti menyalahkan orang lain dan bermula sekali lagi.
Dalam perbualan dia masih mampu bengung sendirian. Melayan keletah kawan kawannya dan juga orang yang pernah hinggap di hatinya. Nasib baik bukan dihati kecilnya yang paling dalam. Menyedari akan kejauhan api dari panggangnya maka dia mengundurkan diri. Dia tergelak kecil bila mendengar hasrat hati lelaki itu yang ingin convert Islam. Mudah mudahan yang terbaik untuk lelaki itu. Dia hanya mampu mendoakan. Kereta yang mempunyai plat number MBF 6677 masuk ke perkarangan sekolah. 'Mama dah sampai' desis hatinya. Dia tersenyum. Manis raut wajah ibunya. Putih melepak macam pertengahan 30an walaupun umurnya sudah menjangkau...emm biarlah rahsia. Raut didalam kereta itu tiada lansung kesamaan dengan wajah dia. Ibunya putih tetapi dia hanya sedang sedang sahaja. Biasalah, warna kulit orang Melayu di Malaysia. Ibunya ramping, tak macam dia... berbadan gempal. Bukan dia tak pernah cuba, namun dia putus asa sendiri. Biarlah! Dia hanya mahu pastikan dia tidak ada kencing manis, sakit jantung dan masalah buah pinggang. Kerana sedar akan bahaya penyakit itulah, dia menelan lebih kurang 2.5liter air sehari. Dia tidak akan puas sehingga warna urine yang keluar bukan warna jernih. Kerana yang jernih itu tandanya sihat! Dia bahagia bila tahu yang dia sihat, walaupun tak sepenuhnya.
Saat ini . Detik 16.44p.m dia sedang menekan papan kekunci dekstopnya. Menulis tentang segenap kehidupannya di alam persekolahan kerana tahu ini tahun yang terakhir dan dia tidak mahu lupa.