Friday, May 11, 2012

11 May 2012

'Tidak! Tidak!! Aku tak nak percaya' desis hatinya. Terkejut. Itu sahaja yang dapat dia tafsirkan mengenai perasaannya saat ni. Sukar untuk dia katakan apa yang berselindung disebalik hatinya. Terlalu banyak yang dia ingin ceritakan hari ini. Beg sekolahnya diletakkan malas diatas bangku meja yang terletak dihadapan surau sekolah. Berkerut dahinya melihat suasana disekolahnya pagi itu. Entah mengapa, awan masih redup memayungi. Matahari pun belum naik tinggi lagi, tapi dia dapat merasakan bahang yang teramat sangat diwajahnya. Surah Yassin didalam beg coklat itu dikeluarkan. Dicapai juga buku teks Biology Form 5 yang sedari tadi setia berkepit dengannya.

Langkah kakinya begitu malas pagi ni. Dia tidak seyakin selalu. Tapi tiada debaran. Hanya suram. Dia tidak dapat merasa apa apa. Dia cuba mencari seseorang di tapak perhimpunan tetapi melihat semua pelajar sudah duduk untuk memulakan bacaan Yassin, dia mematikan niatnya. Bismilahirahmanirahim..... bergema kalimat itu. Saat itu juga dia terpandang orang yang dicarinya. 'Ahh..macam mana nak panggil ni!' sudahnya dia meneruskan sahaja bacaan Yassin. Air matanya seakan mahu mengalir. Dia bingung. 'Kenapa?' hatinya bertanya lagi. Dia hanya mampu bermonolog sendiri.

Usai bacaan Yassin, dia melangkah laju menuju ke kelasnya. Lansung dia tidak menoleh kebelakang. Kelasnya tetap riuh dengan gelak tawa dan gurau senda rakan rakannya dan juga dari celoteh bibirnya. Dia tetap dengan kegelisahannya namun dia masih bijak mengawal riak mukanya. Jam menunjukkan tepat pukul 10.20pagi. Dia meminta izin untuk pergi. Pergi kemana?

Waktu rehat tiba. Jualan dikantin agak memberansangkan. Mana tidaknya, sudah dua hari dia ke kantin tetapi hasilnya, hanya tinggal roti ikan bilis sahaja! Langkah kakinya membawa dia kebilik guru diasrama lama. ''Assalammualaikum, jumpa pun cikgu. Dari tadi saya cari cikgu''. Dari nadanya sahaja, cikgunya pasti tahu bahawa dia sedang risau. Memang untuk paper Biology ini, dia agak berdebar sedikit. Entah kenapa! Agak agaknya, kenapa ya ? ''Kosongkan fikiran'' Itu sahaja yang diungkapkan oleh Cikgu yang sudah memasuki lingkungan umur 50-an itu. Seketika, dia duduk disitu, ingin mengungkap sesuatu. Tapi dibatalkannya niatnya itu seraya dia meminta diri.

Tangannya lincah menanda jawapan. 'akhirnya berbaloi jugak kerja aku semalam' pastas matanya meratah soalan percubaan sbp tahun 2008. 5 minit yang tinggal memang satu tempoh yang terlalu singkat bagi pelajar yang suka bercinta dengan buku saat saat last minute macam dia. ''Simpan semua buku''. 'Ah! sabarlah cingu.bentar aja' dia menjerit didalam hati. Memohon penangguhan masa. Namun masakan dia berani berbicara? Dia menyimpan buku dan kertasnya dan membetulkan duduknya. Saat kertas tiba ditangannya, dia hanya mengucapkan satu perkataan ''Ya Allah'' sangkaannya meleset. Meskipun ada soalan yang diubah dan ada soalan yang sama, dia tetap merasa bodoh kerana terlalu percaya akan omongan cikgunya. Dalam diam dia tersenyum. Senyum kerana dia sedar betapa sukarnya untuk dia mengorek rahsia daripada cikgunya. 'Haisshhh, biarlah . Aku jawab mana yang ada!' dia terus membulatkan jawapan. Dia redha tapi tetap hatinya gundah.

Hari ini dia agak lincah. Tangannya cepat sahaja dia mencapai buku dan alat tulisnya. Dipandang dia keluar, tiada sesiapa pun yang menunggunya. Biarlah, dia sudah biasa. Langkah kaki diteruskan meski kegusaran menghantui tetapi dia teringat akan satu kata ''kalau kita tak melangkah hari ini bagaimana kita bisa tahu apa yang terjadi hari esok?''. Dia diam. Melihat rakannya ada ditembok astaka itu, dia menyusul kesitu. Walaupun dia tidak tahu, apakah kehadirannya disitu tidak mengganggu kawan kawannya yang lain. 'Lantaklah'

Muka rakannya hari ini kelihatan bingung. Entah apa yang dirisaukan olehnya juga dia tidak pasti. Dia hanya mampu mendoakan yang terbaik buat rakan rakannya. Tapi hari ini memang terasa sesak. Sesaknya yang amat sangat sehingga tidak terluah hanya dengan kata kata. Menunggu selama 40 minit membuatnya dia tidak betah duduk. Dia memang begitu. Pantang menunggu orang! Mamanya sampai juga. Baru sahaja dia nekad untuk berjalan kaki sahaja seperti dua minggu yang lalu. Dia memang begitu. Cepat sahaja lelah dalam bab bab menunggu. Dia menyampah!

Katil dibilik sudah memanggil. Walaupun tidak begitu memerah otaknya namun dia keletihan. Keletihan yang amat sangat. Mungkin kerana terlalu banyak berfikir agaknya. Dia yang pada mulanya terlentang kembali kepada posisi meniarap dan mencapai novel yang dihadiakan kepada kakaknya sempena ulang tahun kakaknya yang ke-18. Itulah satu satunya kakak yang dia ada. Benci ke, marah ke, gaduh ke, terasa ke.. lama kelamaan pasti berbaik semula, persis kata mutiara ''air yang dicincang tidak akan putus'' . Tidak lama lagi kakaknya akan masuk Uitm puncak alam di SA. Aliran sains hayat. InsyaAllah kalau dibenarkan, dia juga ingin belajar dalam bidang yang sama di U nanti. Jika diizinkan Tuhan.

Novel 'Sebenarnya Saya Isteri Dia!' dibaca tanpa perasaan. Dia kembali terlena dengan fikiran yang sarat tidak terlerai. Dia terjaga dek bunyi bising di luar biliknya. 'Ah apa lagi yang dibuat adik adik aku ni!' rengus hatinya. Dia masuk ke bilik air membasuh muka dan dengan muka yang masih basah, dia keluar. Melihat ayahnya yang sedang bernada tinggi kepada kedua orang adiknya, dia masuk semula kebilik. Malas mahu layan. Padan muka adik adiknya. 'Tulah, aku dah kata jangan nakal sangat!' ejeknya dalam hati. Bukannya dia tak pernah kecik. Tak sedar diri betul budak ni. Baju kurung sekolah yang bewarna kuning tadi ditukar dengan t-shirt hijau berlengan pendek. Tudung saji dibuka dan dia seperti tikus yang kelaparan. Dia mengambil sebatang kentang goreng dan sebatang lagi dan sebatang lagi.

Berjalan kedepan dan kebelakang. Hanya memastikan persekitaran rumah. 'Huh bersepahnya, bila nak kemas ni' Sedar yang tanggungjawab sebagai anak yang paling tua selepas kakaknya, maka dia berasa risau. Takut kalau kalau mamanya menegur. Mengenangkan exam Biology yang masih belum sudah, dia kembali ke bilik membuka wifi . Dekstop dibuka dan laman sesawang dilayar. Blognya dibuka dan dia mula menulis. Satu tab baru dibuka dan dia ligat mencari soalan percubaan spm sbp 2010.

Hari Ini Dia Bungkam Sendiri.