Wednesday, May 30, 2012

Opinion

Assalammualaikum...

Bila kau rasa lelah, sujudlah pada Tuhanmu 
Bila kau rasa kesal, mohonlah keampunan daripada Tuhanmu
Bila kau rasa sedih, luahkanlah kepada Tuhanmu
Mohonlah kekuatan dan ketabahan daripada Tuhanmu kerana DIA adalah satu satunya kekasih 
yang tidak akan meninggalkanmu. 
Kau diuji kerana rasa sayangNYA padamu, maka janganlah engkau menyalahkanNYA. 
Kau diuji dan terus diuji tetapi dia tidak pernah melarang malah dia menggalakkan kita untuk terus memohon kepada DIA. Namun jarang sekali kita melakukannya, kerana kita lupa dan  tenggelam dengan keasyikan dunia. 

Aku hanya manusia biasa.

 seorang gadis yang masih punya lengkap ahli keluarganya 
mama ayah kakak adik .
dan aku bersyukur untuk nikmat yang tak ternilai harganya. 
Namun kerap kali aku bersedih kerana ketidakmampuanku untuk mengerti diri mereka.

Apa yang kita lihat is differ from the fact that happen.
Kita tak boleh judge seseorang itu dengan hanya melihat pada perubahan pada dirinya
tanpa kita mengetahui masalah yang sebenar.
Ya! Sungguh aku benci dengan sikap sesetengah orang yang terlalu cepat membuat prediction
dan kesimpulan. Aku tidak boleh terima penghakiman daripada seseorang yang tidak
pernah melalui sakit yang aku lalui tapi berlagak seperti they know the best! 


Don't be arrogant! 
Jangan fikir kita tahu semua perkara
Kita tak layak pun untuk hadkan apa yang orang lain rasa
lain orang lain hatinya
lain hati lain sakitnya
lain sakitnya lain pandangannya
lain pandangannya lain jalan penyelesaian.
what we should do is just respect what they feel!

Jangan terlampau cepat menjatuhkan hukum pada sesuatu yang kau belum pasti kebenarannya. Kasihanilah hamba Allah itu kerana sesungguhnya, perjalanan hidupnya sudah teramat perit dimata aku!