Mejanya diketuk beberapa kali. ''Mama kau datang''. Kepalanya diangkat sedikit 'kenapa semua orang pandang aku nieh?' desis hatinya. ''mama kau datang lah''. Huh? persoalan timbul di atas kepalanya. Namun dia bangun juga mencari pasangan kasutnya. Dia memang suka begitu. Dari dulu lagi. Suka benar membuka kasut, kalau stokin tu wangi tak pelah jugak tapi.... memang wangi pun! - sendiri naik bakul, sendiri angkat- Haha TAK LARAT dik oiiiiii .
''pak cik meninggal''Hanya itu dan tangannya sedikit menggigil. Paper bio yang sememangnya dia BUAT tak tahu dari tadi dicapai dan dihantar ke atas meja. Barangnya dikemaskan dan dia keluar daripada kelas. Kereta persona white solid itu berhenti betul betul di tepi jalan. Dia turun membeli roti. Adiknya lapar, mamanya lapar bahkan dia sendiri berasa lapar. Mana tidaknya, sarapan pun tak sempat! Perjalanan diteruskan dengan makanan yang penuh dalam mulut. Vest dan kemeja kuning yang dipakainya membuatkan dia sedikit rimas dikala ini. Dicari cari pakaiannya didalam kereta. Dia jumpa jubah coklat dan sejurus tiba di rumah neneknya dia menyalin pakaian tersebut.
Pinggangnya dipeluk erat oleh Alia atau sebenarnya ditarik or dipegang. 'Lepaskanlah Liya, sabarkan hatimu' Dia tidak mampu menzahirkan kata kata itu. Dia sendiri sebak. Melihat tilam putih yang dibentangkan di tengah tengah ruang tamu rumah neneknya itu membuatkan dia terpaku seketika. Dia tidak pernah mengalami situasi seperti ini. Tidak pernah sama sekali. Selama ini keluarga besarnya lengkap. Atuk, nenek, pakcik makcik.. sebelah ibu dan bapa. Dia tidak pernah menyangka ada diantara mereka yang akan pergi dalam masa yang dekat ini. Dia sendiri terkelu.
Atuk dan neneknya sama sama mematungkan diri. Mamanya sudah mengangkat wuduk dan membaca Yassin sedang dia masih cuba memujuk Aliya. Dia tidak betah lama lama disitu. Dia bangkit dan keluar daripada rumah neneknya dan pergi kerumah makciknya yang hanya terletak 2 meter dari rumah neneknya. ''kau tolong gorengkan ayam ni boleh''. Menggigil gigil tangan makciknya. ''Biar kita yang teruskan'' dia sendiri kaget melihat tangan makciknya. Sampai jatuh jatuh ayam yang cuba dimasukkan ke dalam tapis. Sudip ditangannya aku ambil dan dia mula menguruskan hal yang lain. Mereka risau melihat keadaan anak anak buah yang diambil dari sekolah masing masing tika peperiksaan masih dijalankan dan ada yang sedang menjawab peperiksaan. Panggilan serta merta sebelum waktu rehat sudah semestinya menjanjikan kelaparan kepada anak anak kecil ini. Jadi mak cik makciknya bertindak menyediakan makanan untuk budak budak.
Seketika didalam rumah itu hanya tinggal dia dan sepupu lelakinya iaitu anak makciknya. Dia tertanya tanya, apakah perasaan pemuda itu saat ini. Namun niatnya dibatalkan sahaja kerana tahu waktunya tidak sesuai. Ayam goreng dikulai terus diperhatikan. Bahangnya naik kemuka namun sejuk ditangannya masih tidak mahu hilang.
Sayu dia melihat saat ayahnya mencium kejap dahi arwah pakciknya. Dia hanya mampu menjadi pemerhati. Dia bangga saat adiknya turut menghulurkan bantuan mengangkat keranda arwah pakciknya dan sebak dia melihat saat ayah dan pakcik pakciknya yang lain mengkambus tanah apabila jenazah arwah selamat dimasukkan ke liang lahad. Buat pertama kalinya dia menjejakkan kaki ke tanah perkuburan. Ya memang itulah kali pertama buatnya.
Selesai majlis pada 2.20-2.40p.m, semua sanak saudara pulang ke rumah nenek. Yang ke kubur sudah mula beransur membersihkan diri. Dia meminta kebenaran mamanya untuk pulang kerumah menyalin pakaian kerana dia sudah tiada pakaian lain. Dia pulang kerumah bersama kakaknya, adik lelakinya dan sepupu rapatnya. Mereka tidak terus kerumah tetapi mereka singgah ke sebuah kedai makanan untuk tapau makanan. Perut mereka sudah mula berkeroncong. Sedari pagi mereka tidak menjamah sebarang makanan. Dia pulak, bibirnya sudah kering. Sejak akhir akhir ini dia dan air tidak boleh dipisahkan. Tetapi tetap bibirnya semakin mengering. Kakinya melangkah masuk kedalam kedai makan itu. Dia nampak seseorang yang sangat dikenalinya.Lelaki. Ya, seorang lelaki. Pandangan mata mereka berembung. Sumpah! memang bertembung. 'Alahai' dia mengaduh dalam hati. Dia berlagak biasa dan meneruskan niatnya untuk menapau makanan. Nasi Goreng Kampung Ayam + Nes Shake.
Usai membersihkan diri, dia kembali bergerak ke rumah neneknya untuk majlis tahlil yang diadakan pada malam itu juga.
Semoga roh dirahmati Allah. InsyaAllah. Amin.