Allah bersama aku selamanya,
cuma aku yang tak pernah nak hargainya.
Allah dah bagi aku semua benda yang mencakupi keperluanku
cuma aku yang tak tahu nak hargainya
Allah dah bagi yang terbaik untuk aku
tapi tetap sahaja insan yang bernama Farah Farhana tak pernah berhenti jadi
manusia yang tamak haloba!
Ya Allah, terima kasih untuk segalanya,
for ibu dan ayahku yang membelaiku dengan penuh kasihsayang,
for my eldest sister yang tak pernah lari dari tanggungjawab
for my brothers yang mengajar aku untuk berkongsi kasih sayang
for my youngest sister yang mengajar aku erti kesabaran
for my friends yang mengajar aku erti kepahitan
yang membangkitkan semula aku dari zaman kejatuhan
yang memberi million trillion kenangan
Bila difikirkan semula, sayangnya Allah pada kita semua. Sentiasa
menyediakan keperluan yang diminta. Cuma bila hati sudah dihasut setan,
kita mula jadi tamak. Tak bersyukur. Kita tak nampak pun
apa yang Allah dah bagi kat kita.
Bila hati sedang sakit. Bila luka semakin merebak
Jangan rebahkan dirimu diatas lembah kehinaan
kembalilah kepangkal jalan!
Cari dimana sumber kekuatanmu
Cari siapa penyokong kuatmu
Cari siapa yang mencintaimu
Cari medium yang mampu menenangkanmu
dan kau akan temui
sumber kekuatanmu adalah iman
penyokong kuatmu adalah Allah
yang mencintaimu juga Allah
medium yang mampu menenangkanmy ialah Al-quran
berjalan jangan berangan tetapi fikirkan dengan perlahan dan santai,
kau akan temui jawapan yang kau cari. Allah yang bagi!
percaya dan terus percaya akan kewujudan dirinya.
Dia sentiasa ada ;
tak pernah tidur, tak pernah mati
tak pernah lelah , tak pernah jemu
DIA hanya menginginkan kepercayaanMU dan teruslah percaya,
kerana DIA sentiasa melindungi kita semua