Thursday, May 31, 2012

31 May 2012

Assalammualaikum,

Happy Birthday To You 


Today, 2 orang yang amat bermakna dalam kehidupan aku dah meningkat umurnya!
Ucapan Happy Birthday To You ni , aku tak ucap dengan single meaning je tau tapi ada secret lies behind those words.

Aku sayang gila dengan 2 orang insan ni! Masing masing mempunyai tempat dihati aku =)

 .Ayah aku.
Ayah siapa? hehe ayah aku lha..
Ayah aku cuma akan jadi ayah aku dan adik beradik aku sehinggalah
kami 5 beradik kahwin, so secara aotomatik ayah aku akan jadi
ayah mertua kepada my sisters and me future husband and also my brothers future wive!!
=)

Thanks Ayah, sebab kerja dari pagi sampai petang semata mata nak sekolahkan orang
jadi insan yang berjaya dalam hidupnya.
Thanks Ayah, sebab walaupun keputusan yang orang ambil biasanya kurang bijak or memang
tak bijak tapi ayah tak pernah jemu untuk membuka ruang untuk orang timba pengalaman lagi!

Semoga, ayah ditetapkan imannya
semakin bertambah taqwanya
semoga ayah menjadi ahli syurga

amin Ya Rabb


Aisyah 
kawan aku 
bukan kawan aku sorang
tapi dia tetap kawan aku!

makcik
kau dah tua kan
walaupun badan kau macam budak form 2 tapi kau ilek ilek jer kan!
kau memang sporting! 
senang diajak jadi kawan 
even dengan hati kayu macam aku nieh!
aku x pandai nak sosial sangat! 
I mean aku x reti treat kawan macam kau, almaklumlah trauma kan.. hehee

anyway
kau memang the best 
chaiyook mak cik 
kuatkan semangat untuk segala resistance dalam circuit hidup kau tuh!
Allah ada bersama kita 
x ada hal lah 

Semoga tahun tahun yang akan datang aku mampu untuk menulis secoret ucapan untuk kalian lagi. 
Semoga Allah memberi rahmatnya yang melimpah kepada kedua dua insan ini! 

Assalammualaikum

Wednesday, May 30, 2012

Opinion

Assalammualaikum...

Bila kau rasa lelah, sujudlah pada Tuhanmu 
Bila kau rasa kesal, mohonlah keampunan daripada Tuhanmu
Bila kau rasa sedih, luahkanlah kepada Tuhanmu
Mohonlah kekuatan dan ketabahan daripada Tuhanmu kerana DIA adalah satu satunya kekasih 
yang tidak akan meninggalkanmu. 
Kau diuji kerana rasa sayangNYA padamu, maka janganlah engkau menyalahkanNYA. 
Kau diuji dan terus diuji tetapi dia tidak pernah melarang malah dia menggalakkan kita untuk terus memohon kepada DIA. Namun jarang sekali kita melakukannya, kerana kita lupa dan  tenggelam dengan keasyikan dunia. 

Aku hanya manusia biasa.

 seorang gadis yang masih punya lengkap ahli keluarganya 
mama ayah kakak adik .
dan aku bersyukur untuk nikmat yang tak ternilai harganya. 
Namun kerap kali aku bersedih kerana ketidakmampuanku untuk mengerti diri mereka.

Apa yang kita lihat is differ from the fact that happen.
Kita tak boleh judge seseorang itu dengan hanya melihat pada perubahan pada dirinya
tanpa kita mengetahui masalah yang sebenar.
Ya! Sungguh aku benci dengan sikap sesetengah orang yang terlalu cepat membuat prediction
dan kesimpulan. Aku tidak boleh terima penghakiman daripada seseorang yang tidak
pernah melalui sakit yang aku lalui tapi berlagak seperti they know the best! 


Don't be arrogant! 
Jangan fikir kita tahu semua perkara
Kita tak layak pun untuk hadkan apa yang orang lain rasa
lain orang lain hatinya
lain hati lain sakitnya
lain sakitnya lain pandangannya
lain pandangannya lain jalan penyelesaian.
what we should do is just respect what they feel!

Jangan terlampau cepat menjatuhkan hukum pada sesuatu yang kau belum pasti kebenarannya. Kasihanilah hamba Allah itu kerana sesungguhnya, perjalanan hidupnya sudah teramat perit dimata aku! 

Physic

Assalammualaikum,

Beg hitam yang baru dikeluarkan dari bonet kereta pakcik dibawa keluar. Patah bahu dia kendong beg tuh! Ntah apa jelah yang dia bawak kan! makciknya dan 'kembar'nya mengiringi dia ke hostel!!! Ntah mengapa, dia dapat merasakan debaran yang teramat sangat ketika ini. Dia tidak tahu dan sejujurnya dia tidak mengerti mengapa hatinya tidak pernah senang sejak sampai ke sini.

Bangunan merah kelabu itu menarik perhatiannya. Dia memang addict pun dengan warna macam tu pun kan. Tapi warna tu pun tak dapat menenangkan dia saat itu. Dia terasa mahu pulang. Bukannya dia tak pernah pergi jauh dari kedua orang tuanya even more than 3 days pun pernah. Mungkin kerana bukan family dia yang hantar kot. Dia jadi tak tentu arah. Dah letak barang, beg coklatnya digalas dibahu kanan. Dia menbuntuti makcik dan kembarnya. Senyap je dia..

"pakcik balik dulu la eh'' 
'huh, dah nak balik ke?' dia macam baru tersedar
''pakcik nak pergi jemputan lagi ni'' 
'ha.. yela.' jam ditangan ditoleh lagi. Macam nak nangis jerrr. Terselah kepoyoannya saat itu.
''Fauzan, Mirul! jaga budak besar ni!'' Tu pesan makcik pada ke-cousin-nya.
'Nasib baiklah ada dua orang mamat ni jadi bodyguard aku' 
Lambaian kembar, makcik dan pakciknya membuatkan dia ingin turut serta dalam kereta unser tu. Hidungnya dah merah. Kereta itu dihantar dengan pandangan matanya.

''Jom masuk dewan tu'' dia mengajak sepupunya. Tapi tak berganjak pun mamat 2 orang tuh. Alih alih dia pergi sendiri. ''Aik, ikut pulak mamat mamat nieh! Al maklumlah, amanat makcik perlu dipegang. Bestnyerrr''

''Ce test mike tu!'' Fauzan sentuh mike tu. ''Janganlah sentuh je''. Dia bangun dari tempat duduk yang ala ala terlipat balik kalau bangun. Menyampah betul dia dengan kerusi yang gatal macam tuh! Dia pegang mike tu and 'open' . ''percubaan suara, 1 2 3'' Mangkuk hayun betul lah minah. Nasib baik dalam dewan tu tak ada orang and sebab x ada oranglah dia berani nak test mike tuh! Alasannya agak reasonable jugaklah..

Tiba tiba..
masuk 2 orang girls. Sorang tu macam sopan2 plus ayu2 gituh. Yang sorang lagi macam ala2 brutal tapi nice budaknya. Ntah macam mana mulut dia jadi gatal sangat '' sini pun kosong jugak! best lagi'' dalam erti kata lain sebenarnya dia nak pelawa budak 2 org tu duduk sebelah dia cuma dia tak reti nak cakap!

Camp yang menarik. Pengisian yang baik. Even tak ada 1 muka budak perempuan pun yang dia pernah kenal tapi dia fine and feel better sebab dia dah ada kawan yang sekepala! Dia rasa lucky sebab jumpa Mina and Lia serta dijaga oleh sepupu sepapatnya yang baik gila. Even after solat pun diorang tunggu! Baik punya cousin, mana korang nak jumpa ha!! x hade lagi lha...

Last whisper before dia melangkah keluar dari room 121
''I don't know what happen to my feeling right now, I hope we can meet again and this will not be the last'' 

Wednesday, May 23, 2012

Orang Lain Dah Tahu

Tak payah cakap pun orang lain dah tahu lah; 
Kau, aku and kita tak cukup pandai nak berbohong. 
Nak keep as secret? 
Ah! simpankan sahaja hasratmu itu! Tak kemanalah sayang!!! 

hikhikhik 
pandai betul kita semua buat buat tak tahu kan =) 
even kita sendiri tahu that just wasting our time lha...huhuhuh

Assalammualaikum !!! 
Kita tengok pemandangan dari astaka 
sudut elevation aku membuktikan sesuatu kepada aku 
Aku tekedu. terpaku. terpukul. terdiam. dan segaka terrr lagi lha
tapi perluke aku kisah ?? 

memang tak r kan ?

tapi aku tak boleh nafikan yang YESSSSSSS!!!!! MEMANG AKU KISAH? 

at last, terluah jugak semua yang terbuku dihati. Alhamdulillah
Yang penting sekarang doa dan
 diiringi dengan keikhlasan hati

Hari ni 23/05. 
Saya memaafkan semua
 yang melakukan 
kesalahan terhadap saya dan
 saya harap 
kalian semua
 dapat memaafkan 
kesalahan saya

Tuesday, May 22, 2012

Simple tak simple

Aku simple
Aku boleh pakai baju macam traffic light. 
Tudung Kuning
Baju merah
Seluar hijau 
Ape Kes Aku Nak Kisah ?

Aku memang simple 
Aku gi jalan2 kat town pun pakai track bottom je 
Ape Kes Aku Nak Kisah 

Aku memang simple 
Makan je apa yang depan mata. Kau tak makan kau rugi!! hahahah
tapi kayu, besi, alloy, borocillicate and yang seumpamanya aku campak kat tempat titanic karam! 

Aku memang simple
Tidur je kat mana. As long as bersih, tertutup dari pandangan ajnabi.
Lantakkan sama tilam empuk tak empuk 
kat akhirat nanti, tidur pun tak! 

Aku memang simple. Tapi ada dua perkara yang aku tak boleh jadi as simple as I always do

My relationship is not simple 
My friendship is not simple 
Those 'ship' are not simple for me. 
Each words.Each step. Each memory 
I keep tight in my cerebrum

I don't think I can stay still with this matter 'aik selama ni pun mana reti dok diam, jari ni asyik menggetik je nak menulis. Tak pedulikan pun orang yang terasa dengan ayat kau yang semanis kurma tuh' 

Tapi aku dah nekad, kalau betul apa yang aku assume and predict,
so akan kulakukan sesuatu yang pastinya diluar jangkaan. Aku kan suka meletup! Hehehe kau hade?? Jangan nak jealous dengan aku sebab aku ada apa yang kau tak de. Tapi bersyukurlah sebab aku pun selalu je tanya kenapa dia ada kuda dan aku tak ada. Kuda tu as example thing je. Tapi tak perlulah semua rasa hasad dengki dan cemburu tu. Tak kemana pun. 

Kalau nak cakap, cakap terus. Aku really the professional cuma bila 
orang tak reti nak professional dengan aku tapi nak emotional je dengan aku, so aku pun tak boleh lha nak jalankan project professional aku tuh. Tapi aku ok dude! I'm simply ok and plus with 
super duper ok kalau korang okay =) 

Short story
Actually aku nak kasi tahu sama hamba hamba Allah yang dok 'melepas' dan 'melabuh' sama macam aku tuh untuk direct to the point kalau itu berkaitan dengan aku. Tapi kalau memang tak ada kaitan apa2 dengan aku thats mean memang salah aku lha sebab buruk sangka dengan orang lain. Tapi percayalah, aku memang susah bab bab mengelakkan diri dari berprasangka buruk dengan orang lain. Cis.. nampak macam jahat sangat je kan aku ni, tapi ape kes aku nak kisah! 


I know the Reason Why I need to be Prejudice 
Pride & Prejudice Nana Version 

Sunday, May 20, 2012

Sukarnya Sedar

Allah bersama aku selamanya, 
cuma aku yang tak pernah nak hargainya. 
Allah dah bagi aku semua benda yang mencakupi keperluanku
cuma aku yang tak tahu nak hargainya 
Allah dah bagi yang terbaik untuk aku 
tapi tetap sahaja insan yang bernama Farah Farhana tak pernah berhenti jadi 
manusia yang tamak haloba! 

Ya Allah, terima kasih untuk segalanya, 
for ibu dan ayahku yang membelaiku dengan penuh kasihsayang, 
for my eldest sister yang tak pernah lari dari tanggungjawab 
for my brothers yang mengajar aku untuk berkongsi kasih sayang 
for my youngest sister yang mengajar aku erti kesabaran 
for my friends yang mengajar aku erti kepahitan 
yang membangkitkan semula aku dari zaman kejatuhan 
yang memberi million trillion kenangan 

Bila difikirkan semula, sayangnya Allah pada kita semua. Sentiasa
menyediakan keperluan yang diminta. Cuma bila hati sudah dihasut setan, 
kita mula jadi tamak. Tak bersyukur. Kita tak nampak pun
apa yang Allah dah bagi kat kita. 

Bila hati sedang sakit. Bila luka semakin merebak
Jangan rebahkan dirimu diatas lembah kehinaan
kembalilah kepangkal jalan!
Cari dimana sumber kekuatanmu
Cari siapa penyokong kuatmu 
Cari siapa yang mencintaimu 
Cari medium yang mampu menenangkanmu 
dan kau akan temui 

sumber kekuatanmu adalah iman 
penyokong kuatmu adalah Allah 
yang mencintaimu juga Allah 
medium yang mampu menenangkanmy ialah Al-quran 

berjalan jangan berangan tetapi fikirkan dengan perlahan dan santai,
kau akan temui jawapan yang kau cari. Allah yang bagi!

percaya dan terus percaya akan kewujudan dirinya.
Dia sentiasa ada ;
tak pernah tidur, tak pernah mati 
tak pernah lelah , tak pernah jemu 
DIA hanya menginginkan kepercayaanMU dan teruslah percaya,
kerana DIA sentiasa melindungi kita semua 

Friday, May 18, 2012

The Answer

"You say people hate you, then ask yourself, Why You Care?"

[ prop jer ] 

I care because their treat towards me in class and in personal matter change.
I care because I know they cannot be professional in managing matter like this.
I care because I do not want different opinion and obligation being a boundary in friendship.
I care because I want people know that I'm not hate them.
I care because I want people know that I'm worry about them.
I care because it will be me and my friends who hold the responsibility towards things that you do.
I care because people who hate me will never can cooperate with me.
Things will never going well if you're not satisfy with all the rule and condition. I'm not going to lowering my ego just to ask your forgiveness because you think I hurt you but I will still on my principle and move on.
Weather you're with me or not! Up to you! You have no confident at all to tell me those words by yourself. But if I'm misunderstood to you, still this is my answer for the question that you gave to someone that I don't know.

Assalammualaikum. May Allah Bless

walaweyh

I AM HAPPY TODAY 
tapi like usual bahagia tak selamanya

Bersyukur Atas Nikmat Yang Dilimpahkan OlehNYA padaku hari Ini 

Wednesday, May 16, 2012

Gambar Mahal


Barisan pertama dari kanan : Najihah Muhammad, Nurul Farhah Jumat, Nur Syakira Baharuddin, Nooratikah JamJam, Nurul Najeeha Sahdan, Aisyah Dahiyah Wahab, Ili Khalisa Isa, Nurul Nakiah Safi, Syahidayu Lajis, Syazlin Aimi. 

Yang duduk dari kanan : Muhsin Khalid, De Chee Hong, Nasrul Darto, Huing, Ng.

Barisan berdiri pertama dari kanan : Amalyna Ramlan, Asyikin, Wajihah, Nadhirah, Wee Wen, Kristina, Jing Xian, Xui Qi, Chan, Xin Yi, Zuraidah, Farah Farhana

Barisan Belakang dari kanan : Hajeera, Raihana, Syaza Bahari, Ili Nurizyan, Farhana Sharipudin, Ammuta, Wendy, Tan, Syaza Hisam. 

Bercerai dari kawanan pelajar 3 Anggerik bukanlah perkara yang mudah diterima oleh sistem kawalan di cerebrum aku tapi alhamdulillah tempoh 1 tahun setengah cukup untuk aku membiasakan diri dengan mereka walaupun bukan semua. Aku tak mampu untuk menjadi semua yang mereka hajati dan aku tidak akan mengubah pendirian ku semata mata mereka meminta begitu.  

Kenangan bergambar dengan rakan sekelas: 
Form 1 : muka lansung tak nampak sebab masing masing dah tunduk bawah dek bergambar dibawah sinaran matahari. Siapa yang suruh ye tak ? Tapi apalah daya suara halus aku ni waktu berumur 13 tahun. Tak hade nak didengarnya! 

Form 2 : tak ade gambar2 

Form 3 : ermm... ade ke? ade tapi dalam majalah suara jer! 

Form 4: Tak sempat pun! Nak kejar BIO dengan Addmath yang reti membunuh orang jer

Form 5 : Tu dia! Mengenangkan ini tahun akhir maka kenalah buat jugak! plus with nak jadikan present untuk cikgu cikgu sempena HARI GURU, makanya muka ditadahkan untuk diedir oleh Miss Nik! 

.Finally.

Let Mengukuhkan Ukhwah 

Tuesday, May 15, 2012

14 May 2012

Mejanya diketuk beberapa kali. ''Mama kau datang''. Kepalanya diangkat sedikit 'kenapa semua orang pandang aku nieh?' desis hatinya. ''mama kau datang lah''. Huh? persoalan timbul di atas kepalanya. Namun dia bangun juga mencari pasangan kasutnya. Dia memang suka begitu. Dari dulu lagi. Suka benar membuka kasut, kalau stokin tu wangi tak pelah jugak tapi.... memang wangi pun! - sendiri naik bakul, sendiri angkat- Haha TAK LARAT dik oiiiiii .

''pak cik meninggal''Hanya itu dan tangannya sedikit menggigil. Paper bio yang sememangnya dia BUAT tak tahu dari tadi dicapai dan dihantar ke atas meja. Barangnya dikemaskan dan dia keluar daripada kelas. Kereta persona white solid itu berhenti betul betul di tepi jalan. Dia turun membeli roti. Adiknya lapar, mamanya lapar bahkan dia sendiri berasa lapar. Mana tidaknya, sarapan pun tak sempat! Perjalanan diteruskan dengan makanan yang penuh dalam mulut. Vest dan kemeja kuning yang dipakainya membuatkan dia sedikit rimas dikala ini. Dicari cari pakaiannya didalam kereta. Dia jumpa jubah coklat dan sejurus tiba di rumah neneknya dia menyalin pakaian tersebut.

Pinggangnya dipeluk erat oleh Alia atau sebenarnya ditarik or dipegang. 'Lepaskanlah Liya, sabarkan hatimu' Dia tidak mampu menzahirkan kata kata itu. Dia sendiri sebak. Melihat tilam putih yang dibentangkan di tengah tengah ruang tamu rumah neneknya itu membuatkan dia terpaku seketika. Dia tidak pernah mengalami situasi seperti ini. Tidak pernah sama sekali. Selama ini keluarga besarnya lengkap. Atuk, nenek, pakcik makcik.. sebelah ibu dan bapa. Dia tidak pernah menyangka ada diantara mereka yang akan pergi dalam masa yang dekat ini. Dia sendiri terkelu.

Atuk dan neneknya sama sama mematungkan diri. Mamanya sudah mengangkat wuduk dan membaca Yassin sedang dia masih cuba memujuk Aliya. Dia tidak betah lama lama disitu. Dia bangkit dan keluar daripada rumah neneknya dan pergi kerumah makciknya yang hanya terletak 2 meter dari rumah neneknya. ''kau tolong gorengkan ayam ni boleh''. Menggigil gigil tangan makciknya. ''Biar kita yang teruskan'' dia sendiri kaget melihat tangan makciknya. Sampai jatuh jatuh ayam yang cuba dimasukkan ke dalam tapis. Sudip ditangannya aku ambil dan dia mula menguruskan hal yang lain. Mereka risau melihat keadaan anak anak buah yang diambil dari sekolah masing masing tika peperiksaan masih dijalankan dan ada yang sedang menjawab peperiksaan. Panggilan serta merta sebelum waktu rehat sudah semestinya menjanjikan kelaparan kepada anak anak kecil ini. Jadi mak cik makciknya bertindak menyediakan makanan untuk budak budak.

Seketika didalam rumah itu hanya tinggal dia dan sepupu lelakinya iaitu anak makciknya. Dia tertanya tanya, apakah perasaan pemuda itu saat ini. Namun niatnya dibatalkan sahaja kerana tahu waktunya tidak sesuai. Ayam goreng dikulai terus diperhatikan. Bahangnya naik kemuka namun sejuk ditangannya masih tidak mahu hilang.

Sayu dia melihat saat ayahnya mencium kejap dahi arwah pakciknya. Dia hanya mampu menjadi pemerhati. Dia bangga saat adiknya turut menghulurkan bantuan mengangkat keranda arwah pakciknya dan sebak dia melihat saat ayah dan pakcik pakciknya yang lain mengkambus tanah apabila jenazah arwah selamat dimasukkan ke liang lahad. Buat pertama kalinya dia menjejakkan kaki ke tanah perkuburan. Ya memang itulah kali pertama buatnya.

Selesai majlis pada 2.20-2.40p.m, semua sanak saudara pulang ke rumah nenek. Yang ke kubur sudah mula beransur membersihkan diri. Dia meminta kebenaran mamanya untuk pulang kerumah menyalin pakaian kerana dia sudah tiada pakaian lain. Dia pulang kerumah bersama kakaknya, adik lelakinya dan sepupu rapatnya. Mereka tidak terus kerumah tetapi mereka singgah ke sebuah kedai makanan untuk tapau makanan. Perut mereka sudah mula berkeroncong. Sedari pagi mereka tidak menjamah sebarang makanan. Dia pulak, bibirnya sudah kering. Sejak akhir akhir ini dia dan air tidak boleh dipisahkan. Tetapi tetap bibirnya semakin mengering. Kakinya melangkah masuk kedalam kedai makan itu. Dia nampak seseorang yang sangat dikenalinya.Lelaki. Ya, seorang lelaki. Pandangan mata mereka berembung. Sumpah! memang bertembung. 'Alahai' dia mengaduh dalam hati. Dia berlagak biasa dan meneruskan niatnya untuk menapau makanan. Nasi Goreng Kampung Ayam + Nes Shake.

Usai membersihkan diri, dia kembali bergerak ke rumah neneknya untuk majlis tahlil yang diadakan pada malam itu juga.

Semoga roh dirahmati Allah. InsyaAllah. Amin.


Kerana Mereka

AKU SPEECHLESS 
I asking you to understand. It hard isn't it? 

Perginya Tak Kembali

Kita menghitung hari,
Detik demi detik berlalu,
Namun tiada satu pun yang berada dalam keadaan benar benar pasti!
Kita merancang itu dan ini 
Namun tiada jayanya tanpa restu Illahi. 

Perginya dia, insan yang bergelar bapa kepada empat orang anak 
Perginya dia, seorang insan yang sudah bergelar suami 
Perginya dia, seorang karporal yang berdedikasi
Perginya dia, ketika sedang menjalankan amanat yang diberi. 
Perginya dia, memberi satu tamparan hebat buat keluarga. 

Dia , insan yang bernama Rasul Bin Tumin. 
Dia anak ke 6 daripada anak anak nenekku, 
Dia abang kepada ayahku 
Dia pak cik kepada diriku 
Dia ayah kepada sepupuku 
Dia suami kepada mak cik ku. 
Dia yang tinggal disebelah rumah nenekku.


Raungan anak sulungnya yang baru tiba di rumah nenekku membuat yang ada disitu berlari masuk. Tak sanggup melihat duka yang ditanggung oleh gadis berusia 16 tahun itu. Menjadi anak sulung dan merupakan anak yang paling rapat dengan ayahnya menjadikan dia hilang punca seketika. Pilu yang bertandang dijiwa diluahkan dengan bacaan Yassin untuk arwah ayahnya. Ketika itu, jenazah arwah masih belum tiba. 

Masuk sahaja keranda didalam rumah nenekku, gadis itu jatuh terjelepok. Buat pertama kalinya dalam hidup aku melihat sendiri jenazah yang sedia dikafankan dihadapan mataku! Kain kafan yang membalut muka arwah dibuka perlahan. Mengalir air mataku saat melihat kucupan yang diberikan oleh isteri dan anak anaknya. Nenekku yang bertudung putih cuba mengelap air matanya yang tidak mahu berhenti. Atukku sudah mencium. Ayahku sudah cium dahi arwah. Anak anak arwah juga sudah cium. Hanya yang paling kecil itu. Aiman namanya. Dia masih terlalu kecil untuk memahami. Disuruh cium, dia tak mahu. Tetapi pabila mulut kecilnya bertanya pada aku ''abah mana?'' Aku terkedu.


Kuat sungguh isterinya. Tiada setitis pun air jernih yang mengalir ditubir matanya, kecuali saat mencium dahi arwah. Mungkin kerana mengenangkan perubahan besar yang bakal berlaku dalam kehidupan sehariannya. Selepas itu, tiada lagi tangisan. Ya! wanita itu begitu tabah namun siapa yang bisa menebak apa yang bermain di hati dan fikirannya saat itu? Hanya Allah yang tahu. Pandangan mataku sudah kabur. Aku betul betul berdiri di hujung kaki arwah. Hilang perasaan takut. Hilang perasaan was was. Kekaburan itu membuatkan aku tidak betah berdiri lama lama. Aku keluar dari rumah nenek ku. Segera keluar saat mereka ingin membawa jenazah ke masjid. Saat kain kafan kembali ditutup, saat jenazah kembali kedalam keranda dan saat jenazah dibawa keluar dari rumah nenekku. Nenek jatuh. ''Anak aku dah tak ada''. Itu sahaja yang aku mampu dengar. Hanya itu! 

''Mama jomlah pergi. Orang nak tengok sampai habis''. Aku mendesak mama untuk pergi ke tanah perkuburan.Aku mahu melihat bagaimana proses pengebumian itu berlaku. Ini kali pertama dalam hidupku. Benar ini memang kali pertama. Arwah juga agak rapat denganku. Tak pernah aku merasakan dia seperti orang asing dikala dia mampir kerumahku. Dia juga melayan kerenahku sama seperti anak anaknya. Diajak jalan kesawah, dia sentiasa cuba uasahakan. Tetapi, bila dikenangkan. Aku tidak punya banyak kenangan bersama arwah. Kulihat wajah ayahku yang tekun mengkambus tanah saat jenazah arwah selamat dimasukkan kedalam liang lahad. Saat itu, perasaan yang ada tidak dapat diterjemahkan. Aku seakan akan hilang dari dunia yang nyata. Aku tak tahu apa yang aku fikirkan. Kosong! 

Ya Allah , kau cucurilah rahmat keatas roh arwah kerana sesungguhnya dia pergi dalam keadaan sedang menjalankan tugas dan amanah yang diberi. Arwah sedang menjalankan tanggungjawab yang telah kau beri kepadanya sepanjang dia menjadi hambaMU didunia ini. Ya Allah, kau cucurilah rahmat keatas roh si mati dan kau ampunkanlah dosa dosanya. Kau berilah ketabahan kepada keluarga arwah dan kau berilah kemudahan jalan dan rezeki kepada keluarga mereka. Daripada tanah dia diciptakan dan kepada tanah jualah dia dikembalikan kepadaMU. 

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas arwah Rasul Tumin

.Al- Fatihah.

Isnin , 14 Mei 2012 perginya arwah 

Sunday, May 13, 2012

Dengarkan Sahaja!

Listening conveys the idea that 
"I'm interested in you as a person and 
I think what you feel is important . 
I respect your thoughts and even
 is I don't agree with them, 
I know they are valid for you . 
I feel sure you have contribution to make. 
I think you are worth listening to and 
I want you to know that I'm kind of person you can talk to"

Mendengar adalah keperluan terpenting setiap manusia 
Mendengar bagaikan keperluan kita terhadap udara
Semua orang ingin didengarkan, namun sayangnya kita sukar 
sekali mencari orang yang mahu mendengarkan kita.
Diri kita sendiri bagaimana, Adakah lebih suka berbicara atau mendengarkan orang lain?

Ini bukan untuk siapa siapa, cuma ditujukan buat insan yang ingin mendengar dan memahami. 
Bukan itu sahaja, post ini juga bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri yang acap kali terleka dan alpa dengan kekhilafan yang dilakukan. Entah bila dan bagaimana, tetap sahaja aku akan berusaha untuk menjadi seorang 'listener'. Meski payah mencari orang untuk mendengar. Ingatlah, Allah sentiasa ada menunggu luahan hati kita. Allah kan sayang kita kalau kita sayang dia. Tapi kena buktikanlah, jangan cakap je..! 

Hargai Setiap Detik Kehidupan 

pelayaran hidup ini indah apabila
kita yang mengemudinya.

What ends with END


Friend dan Bestfriend tak kan END kalau ia berlandaskan FRIENDSHIP 
Boyfriend tak kan END kalau kita bercinta in MARRIAGE 
and 
FAMILY will aslways ends with I LOVE YOU [no doubt]

SELAMAT HARI IBU 

Saturday, May 12, 2012

Reblog from Allah Seeker


Aku hanya seorang pengembara yang hanya mempunyai ilmu lebih kecil daripada kecilnya biji sawi,
Sebab itu kadang-kadang aku tersesat.
Aku hanya seorang pelakon yang terlalu banyak kekurangannya & terlalu sedikit kelebihannya.
Sebab itu aku selalu terlupa 'skrip' & tujuan kehidupan yang sebenar.
Aku hanya seorang penyelam di dasar lautan yang dalam tanpa membawa kelengkapan yang secukupnya.
Sebab itu aku lemas tanpa bekalan yang sepatutnya.

Siapa aku?
Ya.
Aku adalah seorang hamba yang serba-serbi kekurangan,
seorang hamba yang tidak punya harta kekayaan,
seorang hamba yang acap kali melakukan kekhilafan.
Perlu diketahui bahawa
Aku bukanlah seorang hamba yang penuh dengan kesempurnaan.
yang terlalu bersih dari secalit kecacatan,
yang terlalu suci dari sekelumit kehinaan,
yang tidak pernah terlepas dari dosa kemaksiatan.

Aku hanya seorang yang tak punya apa & ingin berkongsi apa-apa.
Selagi Allah memberi kesempatan kepada kita semua,
lakukan kebaikan walau kecilnya hanya sekecil setitis air.
Allah tidak menilai sebesar mana sumbanganmu,
tetapi segigih mana usahamu, seindah mana keikhlasanmu & selurus mana niatmu.


Kalau tak percaya, baca ni.
Allah ada berfirman di dalam Quran yang bermaksud:
"Dan bersabarlah, kerana sesugguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang yang berbuat kebaikan."
(Hud, 11: 115)

Sakitnya Sayang


Sukarnya menjadi seorang anak 
Membatah dikata tidak mendengar 
mengiakan sahaja hati juga yang parah.
Di mana mahu diluah resah yang terkumpul,
ke mana mahu dialirkan jiwa 
yang sedang luka. 
Kini baru dia sedar betapa payahnya 
untuk menjaga perasaan. 


Selamat Hari Ibu, Mama !!!! 
Teriaknya dalam hati. Dia bukannya pernah nak wish betul betul secara face to face. Sukarnya untuk dia memahami hati mamanya itu. Biasanya, kakak dia sahaja yang banyak bercakap dan banyak berkongsi masalah mamanya. Dia tidak tahu bagaimana mahu menjadi comforter kepada seseorang. Dia tak biasa. Tapi kalau setakat pujuk pujuk plus 'saiko' orang tu dia terror la. 

Dingin biliknya membangunkan dia daripada tidur yang tidak lena. Merangkak dia diatas katil sebelum turun. Remote controller air conditioner di ambil. 'Huh suhu dah naik 22 darjah pun still buat aku freezing! Tak kembang otak aku nanti!' gerutunya dalam hati. Pintu bilik air dibuka. ''Lega'' perutnya ditepuk tepuk. Alasan mengapa dia buat begitu pun dia tidak tahu.Botol yang mengandungi pil pil putih itu diambil. Dia telan sebiji. Naik muak pulak dia, tapi sebab dia nak sihat, makan juga dia pil tu. Dah masuk 1bulan dah semenjak dia makan pil itu. Tapi keadaannya masih tetap sama. Badannya sakit sakit semua. Dia kembali tertidur diatas bantal merah hati yang besar saiznya. Baru sahaja dia hendak terlelap, pintu biliknya diketuk dari luar. ''Bangun! sembahyang Subuh!'' . ''Ya ma.'' pendek jawabnya. Jam tangan yang disangkut ditepi dinding dibelek. 'Huh' dia mengeluh. Pagi pagi dah mengeluh. 

Rumahnya agak bising hari ini. Entah dimana silapnya. Nak dikategorikan mamanya seorang yang suka membebel tak boleh juga kerana mamanya marah pasti bersebab. Cuma dia dapat melihat yang mamanya agak tertekan sejak beberapa hari ni. Sukar untuk dia berkata. Sukar juga untuk dia menegakkan pendapatnya. Apa yang dikatakan oleh mamanya hanya didengar tanpa perasaan. Tangannya lincah sahaja melipat baju baju yang menimbun diatas katil. Nak harapkan siapa kalau bukan dia? dah memang dia sahaja anak yang paling besar yang ada dirumah tu. Takkan nak panggil kakak dia balik kot? Tapi saat ini dia memang berharap akan kepulangan kakaknya. Berharap bahawa kakaknya dapat mengurangkan tekanan ibunya. Dia memang buntu melihat mamanya begitu. 

Esok Hari Ibu. 
Tersebar info di Laman 'Muka Buku' yang mengatakan bahawa Hari Ibu adalah dilarang kerana pada hari itu bangsa yang beragama Kristian menyembah dewa Ibu. Ha lebih kurang macam tu lah. Dia kurang puas hati dengan pendapat itu kerana baginya tidak salah jika kita ingin menghargai ibu kita. Lagipun yang kita sambut tu ibu kita bukannya girlfriend or boyfriend macam hari Valentine tu. Segalanya berbalik semula pada niat kita. Memang lah hari hari kita patut appreciate ibu kita tapi tak salah kan kita nak gather ramai ramai untuk ibu kita?

Jadi sempena Hari Ibu esok, maka jadual dia dikosongkan. Adik beradik sebelah mamanya (makcik makciknya) plan nak buat gathering kat kolam Air Panas Bemban Jasin. Jadi memang kena deralah dia hari ni sebab esok, menu yang akan dibawa oleh keluarganya ialah ketupat, kuah lontong dan sambal ikan bilis tambat. Dia suka! 

Tapi dia tetap tidak lupa bahawa exam belum habis lagi. Nak tak nak, hari ni dia kena khatam juga buku teks biology form 4 & Chapter 1-3 form5. Semangat!!! 

Selamat Menyambut Hari Ibu Semua 

Friday, May 11, 2012

11 May 2012

'Tidak! Tidak!! Aku tak nak percaya' desis hatinya. Terkejut. Itu sahaja yang dapat dia tafsirkan mengenai perasaannya saat ni. Sukar untuk dia katakan apa yang berselindung disebalik hatinya. Terlalu banyak yang dia ingin ceritakan hari ini. Beg sekolahnya diletakkan malas diatas bangku meja yang terletak dihadapan surau sekolah. Berkerut dahinya melihat suasana disekolahnya pagi itu. Entah mengapa, awan masih redup memayungi. Matahari pun belum naik tinggi lagi, tapi dia dapat merasakan bahang yang teramat sangat diwajahnya. Surah Yassin didalam beg coklat itu dikeluarkan. Dicapai juga buku teks Biology Form 5 yang sedari tadi setia berkepit dengannya.

Langkah kakinya begitu malas pagi ni. Dia tidak seyakin selalu. Tapi tiada debaran. Hanya suram. Dia tidak dapat merasa apa apa. Dia cuba mencari seseorang di tapak perhimpunan tetapi melihat semua pelajar sudah duduk untuk memulakan bacaan Yassin, dia mematikan niatnya. Bismilahirahmanirahim..... bergema kalimat itu. Saat itu juga dia terpandang orang yang dicarinya. 'Ahh..macam mana nak panggil ni!' sudahnya dia meneruskan sahaja bacaan Yassin. Air matanya seakan mahu mengalir. Dia bingung. 'Kenapa?' hatinya bertanya lagi. Dia hanya mampu bermonolog sendiri.

Usai bacaan Yassin, dia melangkah laju menuju ke kelasnya. Lansung dia tidak menoleh kebelakang. Kelasnya tetap riuh dengan gelak tawa dan gurau senda rakan rakannya dan juga dari celoteh bibirnya. Dia tetap dengan kegelisahannya namun dia masih bijak mengawal riak mukanya. Jam menunjukkan tepat pukul 10.20pagi. Dia meminta izin untuk pergi. Pergi kemana?

Waktu rehat tiba. Jualan dikantin agak memberansangkan. Mana tidaknya, sudah dua hari dia ke kantin tetapi hasilnya, hanya tinggal roti ikan bilis sahaja! Langkah kakinya membawa dia kebilik guru diasrama lama. ''Assalammualaikum, jumpa pun cikgu. Dari tadi saya cari cikgu''. Dari nadanya sahaja, cikgunya pasti tahu bahawa dia sedang risau. Memang untuk paper Biology ini, dia agak berdebar sedikit. Entah kenapa! Agak agaknya, kenapa ya ? ''Kosongkan fikiran'' Itu sahaja yang diungkapkan oleh Cikgu yang sudah memasuki lingkungan umur 50-an itu. Seketika, dia duduk disitu, ingin mengungkap sesuatu. Tapi dibatalkannya niatnya itu seraya dia meminta diri.

Tangannya lincah menanda jawapan. 'akhirnya berbaloi jugak kerja aku semalam' pastas matanya meratah soalan percubaan sbp tahun 2008. 5 minit yang tinggal memang satu tempoh yang terlalu singkat bagi pelajar yang suka bercinta dengan buku saat saat last minute macam dia. ''Simpan semua buku''. 'Ah! sabarlah cingu.bentar aja' dia menjerit didalam hati. Memohon penangguhan masa. Namun masakan dia berani berbicara? Dia menyimpan buku dan kertasnya dan membetulkan duduknya. Saat kertas tiba ditangannya, dia hanya mengucapkan satu perkataan ''Ya Allah'' sangkaannya meleset. Meskipun ada soalan yang diubah dan ada soalan yang sama, dia tetap merasa bodoh kerana terlalu percaya akan omongan cikgunya. Dalam diam dia tersenyum. Senyum kerana dia sedar betapa sukarnya untuk dia mengorek rahsia daripada cikgunya. 'Haisshhh, biarlah . Aku jawab mana yang ada!' dia terus membulatkan jawapan. Dia redha tapi tetap hatinya gundah.

Hari ini dia agak lincah. Tangannya cepat sahaja dia mencapai buku dan alat tulisnya. Dipandang dia keluar, tiada sesiapa pun yang menunggunya. Biarlah, dia sudah biasa. Langkah kaki diteruskan meski kegusaran menghantui tetapi dia teringat akan satu kata ''kalau kita tak melangkah hari ini bagaimana kita bisa tahu apa yang terjadi hari esok?''. Dia diam. Melihat rakannya ada ditembok astaka itu, dia menyusul kesitu. Walaupun dia tidak tahu, apakah kehadirannya disitu tidak mengganggu kawan kawannya yang lain. 'Lantaklah'

Muka rakannya hari ini kelihatan bingung. Entah apa yang dirisaukan olehnya juga dia tidak pasti. Dia hanya mampu mendoakan yang terbaik buat rakan rakannya. Tapi hari ini memang terasa sesak. Sesaknya yang amat sangat sehingga tidak terluah hanya dengan kata kata. Menunggu selama 40 minit membuatnya dia tidak betah duduk. Dia memang begitu. Pantang menunggu orang! Mamanya sampai juga. Baru sahaja dia nekad untuk berjalan kaki sahaja seperti dua minggu yang lalu. Dia memang begitu. Cepat sahaja lelah dalam bab bab menunggu. Dia menyampah!

Katil dibilik sudah memanggil. Walaupun tidak begitu memerah otaknya namun dia keletihan. Keletihan yang amat sangat. Mungkin kerana terlalu banyak berfikir agaknya. Dia yang pada mulanya terlentang kembali kepada posisi meniarap dan mencapai novel yang dihadiakan kepada kakaknya sempena ulang tahun kakaknya yang ke-18. Itulah satu satunya kakak yang dia ada. Benci ke, marah ke, gaduh ke, terasa ke.. lama kelamaan pasti berbaik semula, persis kata mutiara ''air yang dicincang tidak akan putus'' . Tidak lama lagi kakaknya akan masuk Uitm puncak alam di SA. Aliran sains hayat. InsyaAllah kalau dibenarkan, dia juga ingin belajar dalam bidang yang sama di U nanti. Jika diizinkan Tuhan.

Novel 'Sebenarnya Saya Isteri Dia!' dibaca tanpa perasaan. Dia kembali terlena dengan fikiran yang sarat tidak terlerai. Dia terjaga dek bunyi bising di luar biliknya. 'Ah apa lagi yang dibuat adik adik aku ni!' rengus hatinya. Dia masuk ke bilik air membasuh muka dan dengan muka yang masih basah, dia keluar. Melihat ayahnya yang sedang bernada tinggi kepada kedua orang adiknya, dia masuk semula kebilik. Malas mahu layan. Padan muka adik adiknya. 'Tulah, aku dah kata jangan nakal sangat!' ejeknya dalam hati. Bukannya dia tak pernah kecik. Tak sedar diri betul budak ni. Baju kurung sekolah yang bewarna kuning tadi ditukar dengan t-shirt hijau berlengan pendek. Tudung saji dibuka dan dia seperti tikus yang kelaparan. Dia mengambil sebatang kentang goreng dan sebatang lagi dan sebatang lagi.

Berjalan kedepan dan kebelakang. Hanya memastikan persekitaran rumah. 'Huh bersepahnya, bila nak kemas ni' Sedar yang tanggungjawab sebagai anak yang paling tua selepas kakaknya, maka dia berasa risau. Takut kalau kalau mamanya menegur. Mengenangkan exam Biology yang masih belum sudah, dia kembali ke bilik membuka wifi . Dekstop dibuka dan laman sesawang dilayar. Blognya dibuka dan dia mula menulis. Satu tab baru dibuka dan dia ligat mencari soalan percubaan spm sbp 2010.

Hari Ini Dia Bungkam Sendiri.


Thursday, May 10, 2012

10 May 2012

Ketika diri masih diasak rasa risau yang tidak berpenghujung , dia masih tenang menunggu kesemua rakannya keluar mengosongkan kelas itu. Tangannya tidak selincah selalu. Hari ini dia terlalu perlahan mengemas barang brangnya yang berserak diatas meja. Maklumlah, exam week memang macam tu. Beg coklatnya disandang hanya disebelah bahu kanannya. Entah mengapa, mungkin dia selesa begitu. Dia merapati noticeboard dihadapan kelasnya. Cantik hiasan itu, coklat. Sama dengan warna kegemarannya. 'pamplet' yang sudah lama ditampal diambil. Dicabut paku tekan daripada kertas itu . Ditenung dan dibaca untuk kesekian kalinya. Bukannya dia tidak melihat pamplet itu semalam tetapi entah kenapa , bagaikan ada 'magnetic field' disitu. Dimasukkan pamplet itu dicelah-celah reference book Chemistry yang masih setia didakap walaupun exam sudah beberapa minit berlalu. Ye la, takkan dah habis exam nak terus buang buku tu. Itu gila namanya!

Menyedari bahawa memang tiada sesiapa yang menunggunya, dia meneruskan langkah dengan perlahan. Bukan dia tidak punya kawan cuma, mungkin dia dah terbiasa begitu. Dia merasakan dia hanya insan yang akan diteriak namanya 'Apabila Perlu Sahaja' . Dia sudah biasa. Kepalanya ditundukkan. Pandangan matanya tepat kearah tar yang kelabu asap itu. Dari jauh dia melihat gurunya, dia tersenyum. Dia memang suka begitu. Tetapi jarang sekali senyumannya untuk sesiapa. Ikut rentak mood perempuannya. "Makin sihat sekarang'' . Dia tersenyum. Sungguh dia kurang selesa begitu, tetapi itu merupakan persekitaran yang biasa baginya. Dia tidak suka diperhatikan. Dia tidak suka diagungkan. Dia tidak suka hidup dalam kelompok orang yang ramai. Tapi biasanya dia pandai berpura-pura. Dia sentiasa senyum dan bermuka muka padahal perkara yang paling dibenci olehnya ialah orang ramai. Bukan sembarangan orang yang mampu kenal siapa dia sebenarnya kerana dia juga tidak betah memahami orang lain. Katanya malas. Kerana nanti sakit sendiri! Itu katanya.

Langkah diteruskan dan kini dia tiba di tempat dia biasa pergi. Dia duduk ti tembok batu. Kalau waktu pagi, guru gurunya duduk disitu menanti tamatnya perhimpunan pada jam 7.40, tetapi pagi menganjak pergi dan kini tiba masanya dia pula yang duduk disitu menanti ibunya menjemput pulang. Keluh perlahannya didengari telinganya sendiri. Dia melihat sekeliling. Dia mengeluh lagi. Entah kenapa, hari ini dia asyik mengeluh sahaja. Telinga kirinya seakan akan mendengar suatu suara yang amat dikenalinya, lantas kepalanya ditolehkan kebelakang sebelah kiri. Dia tersenyum. 'Ada pun budak ni!' desis hatinya. Siapakah itu? Entahlah, dia sangat suka berteka teki dan berfikir dengan dirinya sendiri. Jarang benar apa yang diberitahu olehnya adalah daripada hatinya sendiri. Rasa - rasanya 3/4 kehidupannya selama 16 tahun beberapa bulan dipenuhi kebohongan. Dia lebih suka menipu untuk menyenangkan dirinya sendiri, untuk meredakan kerisauan ibu bapa dan untuk kepentingan semua. Tetapi jarang sekali kebaikan yang dia rasakan baik untuk semua menjadi kebaikan untuk semua malah sebaliknya yang berlaku. Itulah dia. Masih belum bijak mencatur kehidupan yang banyak panca dan robanya. Hahahahaha, mempermainkan perkataan pula.

''Hei'' . Satu suara menyapanya. Dia tersenyum. Rasa bersalahnya pada kawan yang seorang ini memang tebal. Sungguh sukar buatnya untuk menerima kawan yang seorang ni menjadi sahabatnya sedangkan tiada apa apa kesalahan yang dibuat oleh kawannya yang seorang itu. Hatinya , susah ditebak! Kemudian dua orang lagi menyusul. Tetap sahabatnya juga. Sama ada sahabat karib ataupun tidak, dia sendiri pun tak tahu. Katanya dia tak layak dan dia menyedarinya. Hmmm... biarlah. Biasalah , budak budak kelas pertama. Lepas exam je mesti kecoh. Bincang jawapanlah. tahap soalan lah dan perkara yang lazimnya dilakukan oleh pelajar pelajar kelas atas. Tapi tak untuk dia. Dia membekukan diri disitu. Walaupun dia yang paling besar diantara kawan kawannya yang lain tetapi dia tetap merasa dia yang paling kecil dalam soal pelajaran. Dia sedar dia seorang slow learner dan situasi persekitarannya membuatkan dia sentiasa down. Katanya cikgunya dia seorang yang terlalu depend on orang lain. Kerana itu, dia cuba mengasingkan diri daripada kawan kawannya. Dia hanya ingin fokus pada pelajarannya kerana dia percaya tiada siapa yang dapat membantunya kalau bukan dirinya sendiri. Dia mahu berhenti menyalahkan orang lain dan bermula sekali lagi.

Dalam perbualan dia masih mampu bengung sendirian. Melayan keletah kawan kawannya dan juga orang yang pernah hinggap di hatinya. Nasib baik bukan dihati kecilnya yang paling dalam. Menyedari akan kejauhan api dari panggangnya maka dia mengundurkan diri. Dia  tergelak kecil bila mendengar hasrat hati  lelaki itu yang ingin convert Islam. Mudah mudahan yang terbaik untuk lelaki itu. Dia hanya mampu mendoakan. Kereta yang mempunyai plat number MBF 6677 masuk ke perkarangan sekolah. 'Mama dah sampai' desis hatinya. Dia tersenyum. Manis raut wajah ibunya. Putih melepak macam pertengahan 30an walaupun umurnya sudah menjangkau...emm biarlah rahsia. Raut didalam kereta itu tiada lansung kesamaan dengan wajah dia. Ibunya putih tetapi dia hanya sedang sedang sahaja. Biasalah, warna kulit orang Melayu di Malaysia. Ibunya ramping, tak macam dia... berbadan gempal. Bukan dia tak pernah cuba, namun dia putus asa sendiri. Biarlah! Dia hanya mahu pastikan dia tidak ada kencing manis, sakit jantung dan masalah buah pinggang. Kerana sedar akan bahaya penyakit itulah, dia menelan lebih kurang 2.5liter air sehari. Dia tidak akan puas sehingga warna urine yang keluar bukan warna jernih. Kerana yang jernih itu tandanya sihat! Dia bahagia bila tahu yang dia sihat, walaupun tak sepenuhnya.

Saat ini . Detik 16.44p.m dia sedang menekan papan kekunci dekstopnya. Menulis tentang segenap kehidupannya di alam persekolahan kerana tahu ini tahun yang terakhir dan dia tidak mahu lupa.

Stages


Friday, May 4, 2012

MOS

STUDY HARD THAT YOU HURTS 
Feel The Value Of Study 

MathM0DE


Name   : Farah Farhana Karim 
Class    : 5 Beta 
Date     : 4 Mei 2012
Day      : Friday 
Subject : Math Modern 
              [ MY Exam ] 

Current Situation : TREMBLING 
Aim : A- [may Allah bless] 

Weakness : - forget how to solve elevation and anything attach to that question. 
                  - failed to identify the most important question ! 


May Allah Bless 

Tuesday, May 1, 2012

Speechless


''Apa yang biul sangat adik kau tu'' - a teacher said  to my sister 
and that 'BIUL' is for me!! 

For me, promise is promise. I hold my words. Once I said NO so I MEAN it !
I'm not good in consider with other but still I can tolerate. 
Right now, consideration cannot be used because my time is not for someone who only 
look for abilities and for their benefit.

I've my own things to think of and I'm not here to fulfill all you wish. You want achieve something you must work on your own effort. I already told you about my absent in that group after winning daerah stage. 
I warn you and you just don't mind. Don't dare blame me after you ignoring my words. 

Assalammualaikum

Live 0R Dead !


current situation : MY Exam 
duration : 10 days
target : better than I ever get before