Hajah Senipah Taat.
(1935-2015)
"And to Him we shall return"
Alhamdulillah, urusan pengebumian jenazah nenda tersayang sudah selesai.
Alhamdulillah, urusannya dan urusan kami dipermudah.
Makwek (gelaran untuk seorang nenek,- orang jawa)
Dia seorang yang tidak suka menyusahkan orang. Sakit mana pun dia, tak pernah dia mengeluh dN mengadu pada anak cucu. Bibirnya sentias basah dengan zikir memuji kebesaran Pencipta-Nya. Allah - lah tempat bergantung baginya satu satunya.
Sehingga ke akhir hayatnya, selagi mampu dia buat sendiri, dia akan buat. Tak pernah dia menyuruh nyuruh orang itu dan ini..
Dan jika tiada nasihat yang ingin diperkatakan, dia lebih banyak diam dan melihat saja cucu cucunya bermain.
Makwek tak banyak kisah hal orang. Bukan tak banyak, tapi memang tak kisah dengan hal orang.
Baginya adalah Tuhan dan keluarga tercinta.
Dia seorang isteri yang setia, seorang ibu yang sabar.
Dan seorang manusia yang paling tak pernah mengeluh dengan hidupnya, dukanya, sedihnya, sakitnya. Kerana dia, sentiasa menerima dan bersyukur apa adanya. Kerana baginya , semua itu adalah anugerah, rahmat dan nikmat dari Allah.
Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment