Result.
Examination Result dalam saiz A4 aku lipat dua.
Aku selitkan dalam celah celah buku nota panjang.
Aku tetap pandang depan.
Genggaman pada pen aku ketatkan.
Andai saja pen itu mampu menjerit.
Pasti dia sudah berteriak sakit.
Aku tahan air mata dari mengalir.
Tapi dia masih bergenang.
Aku tunduk, cuba elak dari diperasankan oleh mata-mata.
Aku seka sedikit titis jernih yang mula jatuh.
Allah. sakitnya.
Usai kelas, aku lari dari sesak manusia.
Aku lari dari mereka semua.
Aku pencilkan diri.
Aku lepas semuanya.
Tapi sakit, kerana aku menangis tanpa suara.
Aku toleh kanan.
Aku toleh kiri.
Depan dan belakang. Tiada siapa.
Mana bahu yang mereka janji mahu pinjamkan dulu?
Kemudian mereka mahu aku percaya yang mereka akan selalu ada?
Aku mula salahkan mereka.
Seorang demi seorang aku salahkan.
Semuanya aku anggap sama.
Aku diamkan mereka.
Dipanggil aku tak menyahut.
Ditanya aku tak menjawab.
Muka pun aku palingkan.
Ya Tuhan.
Sungguh demi Tuhan yang menciptakan.
Jika sebahagian dari aku menolak mereka.
Sebahagian lain merasakan yang sebaliknya.
Aku sungguh sungguh dipagut rasa bersalah.
Aku tahu aku bukan siapa-siapa.
Aku hanya insan biasa yang penuh titik hitam dan dosa.
Lalu apa yang membuat aku tegar berjalan dengan megah dan bongkak
diatas bumi yang Allah pinjamkan ini?
Aku malu dengan diri sendiri. Sungguh.
Satu malam aku tak boleh tidur.
Diburu rasa bersalah yang tak sudah.
Hati berkira-kira, mahu menghantar personal message pada setiap satu dari mereka yang aku diamkan.
Namun aku masih biarkan phone dimeja tak berusik.
Aku mohon mereka mengerti.
'jangan pentingkan diri sendiri. Jangan hanya fikir engkau saja yang tersakiti' ada suara berbisik.
Membuat aku mencapai phone dan menaip satu persatu butir kata maaf.
belum sempat butang send aku tekan.
aku padam semuanya.
aku campak phone jauh jauh.
sudah aku mahu tidur!
Jam menunjukkan sudah pukul tiga setengah pagi.
Aku masih tak bisa tidur.
Kepala sudah rasa berat. Sakit sekali.
Aku bangun - mandi.
Jam empat empat puluh pagi aku cuba tidur lagi.
Dalam keadaan separuh duduk.
Tidur.
Jam enam empat puluh, aku dikejutkan semula.
Ya Tuhan terasa sekejap sekali.
Aku bersiap.
Ada satu dua panggilan masuk dari teman sekuliah.
Aku reject call mereka.
Ya Tuhan, kenapa dengan aku ni?
Aku tunggu pakcik bas macam biasa.
mood hari ini paling luar biasa yang aku tak pernah rasa.
Bila pakcik sampai, aku masuk dalam van.
Seperti biasa, ditepi tingkap aku layan perasaan.
Entah tak sedar pada mereka yang lain.
Aku palingkan muka dari mereka.
Van terasa sepi sekali.
Menambah sunyi hati. 'bercakaplah, aku mahu dengar kalian bising'
Namun aku diam, itu hanya suara yang terbit dalam hati.
Aku bungkam.
Diam.
Sampai di kampus.
Aku dengan hal sendiri.
Masih di seat paling hadapan.
Sendiri.
Tak sebutir jua perkataan keluar.
Ada sekejap masa, aku lari keluar.
Menghamburkan tangis yang tak tertahan.
Kenapa pilu sangat duhai hati?
Apa yang kau sedihkan sebenarnya ni?
Aku bagai hilang semangat.
Entah, tak pernah aku begini.
Dipanggil nama oleh lecturer juga aku tak menyahut.
hanya angkat tangan kiri. Separa.
Diam lagi.
Mereka bertanya.
Ada yang cuba buat aku senyum.
Tapi, entah.
Aku tak ada rasa.
Semuanya bagai sudah mati.
"sampai bila kau nak macam ni Rhan?"
"entah, diorang pun tak ada sungguh sungguh nak tanya"
"diorang takut"
"If their friendship is true, they will dare to take the risk"
"kau ego. kau nak tegur diorang macam biasa kan? kau nak cakap dengan diorang kan? kau nak everything backs to normal kan, so what's holding you back?"
"sebab aku takut benda yang sama akan berulang, and I can't let it happen"
"tapi bukan kau yang minta. bukan salah kau kalau rasa tu datang"
"tapi dia binasakan semua usaha yang aku bina. tahu tak betapa payah nak pasak prinsip biar kukuh. Tahu tak betapa letih aku bina kubu tu? Aku penat"
"Allah kan ada"
Sometimes Allah change the condition to change your heart