بسم الله الرحمن الرحيم
Bukan mudah untuk dibuang segala prasangka ini.
Bukan mudah untuk terima segala ketidakadilan yang kau beri.
Bukan hati tak mengeluh.
Bukan hati tak merintih.
Bukan hati tak menangis.
cuma,
Bila kau benar-benar ikhlas dengan semua yang terjadi.
Bila kau benar-benar ikhlas melepaskan semuanya pergi.
Bila kau benar-benar ikhlas dan kau rasa dalam hati.
Kau akan tahu sudah tiba saatnya untuk kau berhenti.
Berhenti dan adukan segalanya pada Dia diatas sana.
Bukankah Allah itu Maha Mendengar?
Tapi sedarkah kau bahawa Ikhlas itu payah?
Sedarkah kau hanya Allah yang tahu tentang ikhlasnya hati seseorang manusia itu?
"Hati ini benar-benar mahu menjerit, namun membencimu hanya akan lebih menyakitkan aku. Maka ketahuilah, bahawa aku terima, dan untuk setiap penerimaan itu mungkin tidak mengekalkan aku yang dulu, kerana aku belajar sesuatu dari kamu (senyum). Moga dalam lindungan-Nya selalu"