kerana tak ramai yang tahu, betapa payah untuk percaya dan tak semua tahu percaya itu apa
Dia mendengar tapi tak bisa memahami.
Dia boleh berteman tapi jangan dijadikan
sahabat.
Dia mungkin peduli tapi dengan cara yang
paling jarang sekali.
Selfish, ego, sombong, ungrateful à katakan saja, dia terima.
Dia sedar itu memang dia.
Dia akui.
She
still cares about you but she wants to go solo, because to please everyone is
not her priority.
Dia tidak mahu terikat dengan ‘hendak’mu
dan ‘mahu’ mereka.
Dia hanya mahu bergerak mengikut aturan
masa. Masanya sendiri.
Tanpa perlu izin.
Tanpa perlu pamit.
Tanpa perlu mengambil kira, jika ada hati
yang terluka kerana tindakannya.
Sekali lagi,
‘to
please everyone is not her priority’
“disisi
dia kau selalu ada, kau ada bukan untuk menemani tapi untuk ditemani . Bila tiba sahabat yang kau
nanti, kau bangun meninggalkan dia pergi. Dia menghantarmu dengan senyuman,
tidak sedetik pun dia mempertikaikan tindakanmu, kerana dia tahu apa yang kau mahu
adalah hak mu. Jika apa yang kau mahu itu membelakangkan dirinya, pada dia tidak
mengapa kerana dia juga mahukan itu. Dia mahu bebas dari
hukum-hukum manusia. Dia mahu pergi dari pandangan aneh manusia. Namun entah
mengapa, bila tiba gilirannya untuk pergi, kau seakan tidak rela. Kau tidak
rela dibelakangkan dan kau terluka dengan tindakannya, sedang kau juga
melakukan hal yang serupa. Dia jadi bingung, dia jadi tidak tahu. Salah diakah
jika kemahuan kau dan dia berbeza? Apa perlu dia meminta izin darimu untuk
melakukan segala sesuatu? Adilkah kau pada dia? Kau kata kau terluka, tapi
adakah kau berlaku adil pada dia? Kau pergi bila temanmu memanggil, saat kau berteman dan dia sendirian, tidak pernah dia merungut, tidak juga marah atau 'sentap'. pabila temanmu beransur pulang, kau mencarinya semula. mengajak dia melakukan apa yang kau mahu. dia menolak baik permintaanmu kerana masih ada urusan yang harus disiapkan dan engkau hilang entah kemana. urusan datang tak diundang dan tidak juga dijangka. Dia pergi bersama temannya, bila kau kembali untuk mencari dia, dia sudah tiada. Kau cuba mencari dan kau terluka pabila tahu dia sudah pergi meninggalkanmu. Dia pergi membelakangkanmu lalu engkau berasa marah”
Dia tak layak untuk difikirkan.
Dia tak layak untuk kau berpenat menahan
marah dan sakit hati.
Dia tak layak mendapat walau secebis kasih
dan percaya dari sesiapa.
Kerana itu, dia mahu dibiarkan.
Pergilah dan biarkan dia.
Biar dia sendiri dalam egoisnya.
Biar dia sepi sendiri dalam sikap pentingkan dirinya.
Biarkan dia, kerana dia pesan;
"Pergilah..bukan kerana aku benci, tapi mendekati aku hanya akan
menyakitimu. Aku tidak meletakkan perasaanmu sebagai priority terutamaku, kerana
itu aku mahu kau pergi. Aku hanya akan melukakan hatimu nanti.
Janganlah berpenat lelah bertahan denganku lagi. Janganlah dibazirkan tenaga
untuk mengawal rasa marah terhadapku lagi. Maafkan aku kerana menjadi tidak menjadi seorang sahabat yang engkau cari"
p/s: Today might not be my happy 'good day', maybe some people out there are struggling with their feelings too (just like me), but I believe everything gonna be okay! :)