Sunday, October 12, 2014

Poligami

"Kau rela bermadu?"

Soalan paling common sejak masuk zaman kolej ni. 

Entahlah. Ini kenyataan aku pada tahun 2014. 
Kelak kalau aku dah kahwin, mungkin pendapat aku tentang poligami akan berbeza. 

Kalau Allah izinkan kau kahwin 10, kahwinlah. 
Aku tak kisah. 
Dengan syarat, setiap isteri lain-lain rumah. 
dan pastinya ADIL
'tapi, satu isteri itu saja belum tentu merasa adil. Ini pula dua'

Perasaan sayang itu tak termasuk dalam perkara yang harus dibahagikan secara 'adil'.
Sebab kita manusia. 
Allah kenal hambaNya.
Kita tak akan mampu untuk sayang dua orang manusia dengan perasaan yang sama. 
Pasti ada yang terlebih dan pasti ada yang kurang. 

Bila berpoligami, mestilah aku mahu jadi yang membenarkan,
bukan yang meminta keizinan. 
Faham ke?
Maksudnya, biarlah aku menjadi yang pertama dan memberi kebenaran pada si suami 
untuk berkahwin untuk kali kedua, tiga dan empat. 
Entahlah, aku tak ada sebab yang kukuh untuk itu. 

Cuma, satu hal. 
Bila aku benarkan, aku mungkin tak akan jadi yang sama seperti yang dia kenal dulu. 
Aku redha. 
Tapi wanita ni, hati dia lain. 
Dia redha hatinya terluka, dan untuk setiap luka yang berparut tu, 
akan turut mengubah sikapnya secara perlahan. 

Pada aku, cukuplah aku ada keluarga aku. 
mama dan ayah untuk aku terus berbakti pada mereka. 
cukuplah ada anak-anak untuk aku risaukan dan besarkan. 
cukuplah ada kerja yang aku perlu usahakan. 
cukuplah ada kerjaya yang memberi aku cukup makan pakai. 
cukuplah ada harta yang mmebri aku kemampuan untuk memberi segala dan memanjakan 
mereka yang aku sayang. 

cukuplah aku menjadi insan yang aku kira mama dan ayah boleh bangga. 
sebab pada aku. 
setia itu tanggungjawab isteri pada suami, tapi bila suami sudah ada orang lain untuk diberikan setianya, maka isteri hanya perlu setia pada anak-anak 
dan ibuayahnya saja. 

Entahlah. Itu apa yang aku rasa saja. I am not matang enough untuk berbicara soal poligami ni. Masih banyak hukum hakam yang aku tak tahu berkaitan dengan isu ini. Jadi, apa yang aku mahu tekankan. Untuk saat ini, jika ada yang tanya sanggup tak aku bermadu, jawapan aku 'terserah saja', tapi bukanlah aku mengharap perkara ini jadi keatas aku, jauh sekali mendoakan. 
Dan kelak, bila aku sudah dewasa, pandangan aku tentang poligami mungkin akan berbeza. 

'memang tak salah berpoligami, tapi kalau kau (lelaki) tahu menghargai, kau tak akan sanggup'