Tuesday, October 28, 2014

-.-


I'm always watching you :)

Never let it go


kan aku dah kata, aku akan ada disetiap rebah yang kau rasa. 
kan aku dah kata, aku mahu pegang tangan kau dalam jerih dan payah. 
kan aku dah kata aku tak akan biar kau jalan sorang-sorang.
sebab aku ada. 

aku akan ada selagi kau mahu aku ada. 
sebab aku kawan. 

selagi kau masih rasa selesa. 
selagi kau rasa kau perlu aku ada. 

We might be far apart, but believe in me. 
du'a is the greatest weapon human can makes.
so trust me. 

Dugaan Lagi


KBN 
Kem Benteng Negara
ayah usahakan sendiri
dengan pak Uda juga
tapi mostly ayah yang uruskan
sebab pak Uda di Jb

Dari minta kebenaran dari kerajaan
sehinggalah untuk memasarkan nama KBN itu sendiri. 
semua keringat ayah ada dalam setiap titik bangunnya KBN itu. 

Setiap payah ayah membangunkan. 
Setiap penolakan usahanya. 
Setiap cubaan menjatuhkannya. 
Aku ada. 
Aku nampak semuanya. 
Aku lihat banyak mata-mata yang tidak puas. 
Aku lihat juga ada banyak mata memandang kasihan/ 
Tapi aku berterima kasih juga, 
kepada tangan-tangan yang menghulur kasih dan bantuan. 

Aku ingat lagi. 
Aku lipat satu satu surat dan template KBN. 
Ayah kata tujuannya untuk mengenalkan KBN pada masyarakat.
Jadi beribu template dan surat itu, merupakan modal pemasaran yang pertama. 
Aku lekat satu-satu setem di setiap penjuru surat. 
Aku tulis setiap alamat yang disenaraikan. 

Aku ingat lagi, 20 biji mountain bike memenuhi ruang tamu depan. 
Tapi aku seronok. 
lihat ayah perlahan-lahan berkayuh memajukan KBN.
Ayah tempah kayak dengan nama KBN disisinya 
Aku bangga, 

Ayah beli benih ikan talapia. 
Ayah biakkan dalam tasik KBN. 
Ada kolam kolam kecil, ayah isikan juga benih ikan talapia tu. 
tiap petang, mama akan bawa kami adik beradik ke KBN.
Bagi makan ikan talapia dan juga siakap. 
Ayah ada juga tanam pokok ubi. 

Bila cukup masa, ikan pun dah besar, 
Ayah mahu angkat untuk pertama kali. 
Untuk dijual kepada pembeli. 
Tapi, dugaan -- ikan tu habis hilang semuanya. 
semua. 
mungkin kerja orang. 
sebab ayah dah banyak kali letak sign board dilarang memancing
tapi orang kita, masih ramai tak tahu baca barangkali. 
dipecah masuk juga. 

tapi ayah kata, itu semua kerja memerang. 
ayah seboleh mungkin, 
dia tak mahu pandang buruk orang. 
kami anak-anak menahan geram. 
tapi betul juga kata ayah, kita tak nampak pun pelakunya siapa. 
jadi lebih baik diam--

kali ini dugaan datang lebih hebat lagi. 
lately ni, cuaca kan tak menentu. 
kejap panas, kejap ribut. 
Bila panas, ya Tuhan hanya Allah yang tahu. 
Bila ribut, ya Tuhan...hanya Allah yang tahu. 

Ribut 27 October 2014 di Melaka menyebabkan KBN runtuh.
Habis dipukul ribut. 
Untuk kali kedua dan aku harap ayah tak rebah. 
Aku tahu ayah terluka. 
mama juga pasti turut terasa. 
kerana disetiap jaya ayah, ada mama dibelakangnya. 
dan disetiap usaha ayah, ada mama yang membantunya. 
bila usaha ayah teranap. 
ayah mungkin tak nangis. 
tapi mama lebih kenal ayah. 
mama tahu. 
mama nangis. 
dan bila mama menangis, aku cukup tahu. 
hati ayah malah lebih meraung. 

dapur baru untuk memudah mama memasak baru saja siapa sepenuhnya. 
kerja kerja wiring yang pak usu buat selama 6 hari pun habis musnah.
setiap chalet yang ayah tumpahkan keringat pun cium tanah juga. 
bumbung astaka juga habis menyembah bumi.
sakit. 

tapi, 
itulah ayah, itulah mama. 
sesusah apa pun mereka. 
sepayah atau seperit apapun yang mereka rasa.
tak pernah sekali mereka mahu aku merasa sama. 
mahu saja aku pulang kerumah. 
membantu apa yang terdaya. 
tapi ayah pesan 'jangan susahkan diri, nanti ayah kemas slow slow'
aku malu. 
malu dengan ayah. malu dengan mama. 
terlalu banyak yang mereka beri,
tak kan sedikit 'berjaya' saja aku tak mampu nak beri?

Aku harap mama dan ayah terus kuat. 
Macam mana dipaksa rebah, jangan pernah mengalah. 
InsyaAllah, kita sama sama cuba. 
Tahu, nak cari duit tu payah. 
Tapi rezeki tu Allah yang punya. 

Maaf, tak berada disana dikala musibah menimpa. 
Maaf kerana masih belum bantu apa-apa dari segi materi. 
Maaf. 

Percayalah, ada hadiah yang Allah nak bagi pada ayah dan mama atas segala sabar dan setiap redha dalam hati. 
Nana doakan yang terbaik. InsyaAllah. 

Pesan buat hati

Sedikit pesan kecil dalam hati.

Just go with the flow.
Bila nanti dah bersedia.
Bila nanti masanya tiba.
Kau akan punya satu cerita.
Cerita kau sendiri dan kau heronya.
Maka untuk sekeping hati kecil, sabarlah.
Masanya akan tiba.

Jangan digapai apa yang tak ada.
Jangan digapai harta yang tak kau punya.
Jangan dibayangkan apa yang tak sepatutnya.
Jangan.

Biarkanlah semua berlalu.
Biar kamu tenang.

Biar.

Sunday, October 26, 2014

You're Not In Love


It is okay to be attracted to a boy
Allah swt put that in you.
You are not evil for finding a boy handsome.
That is not haraam for you to feel that way. 
You have to control it.
You have to control yourself. 

Our deen teach us self control. 
And if you can't exhibit self control in one aspect
of your life,
you will lose self control in other aspects of life.

Same goes to you boys. 

When you day dreaming about girls.
It doesn't mean that you are in love.
It just means that you haven't controlled your temptations yet.
And you are ruining somebody's life. 
You are ruining an entire family.
Do you realize what you are doing?
And you call it love?

Tell me if she was like 50lbs fatter, would you still be in love?
Because she is the same person, same soul inside her jasad. 
If she was a burn victim or something, 
if her hand burnt off.
If her ear was missing, would you still be in love?
or you find somebody else to love, all of a sudden?
and if you can't answer that question, then honestly you're not in love. 
You are just hormonal. 
That's all you are. 
You know. 

This is what we have done to relationships that are supposed to be beautiful.
It's supposed to be a lifelong relationship. 



Thursday, October 23, 2014

Home


I really want to go back home.
I really want to. 

I miss you too.
I miss every single things about you. 
I miss every single part of the reason why I stay.

I really want to go back home.
I really want to.

Not because I've lot of works to do. 
Not because I mad too. 

Somehow, I just think I need to. 

Heal. 
maybe. 

Don't ask me why, I can't give you the answer. 
Because I don't precisely know why. 
So please. 
Give me some space. 
Give us some space. 

I will come back.
I promise.

Sabarlah


Sepertimana the girls adalah ujian untuk the boys, begitu jugalah sebaliknya. 
Rasa itu fitrah manusia, siapa kita untuk menidakkannya.

Jagalah diri kita. 
Jagalah manja-manja kita.
Jagalah gedik gedik kita. 
Jagalah yang special special tentang kita. 
Reserved semua untuk 'dia' je. 
Dia yang Allah dah tuliskan untuk kita.
Dia yang kita akan jumpa. 
InsyaAllah, someday. 

Sabarlah.
Kalaupun ada rasa, tahanlah. 
Kadang rasa tu sekadar being hormonal je. 

Sabarlah. 
Kalaupun benar suka. 
Jangan mudah berjanji setia. 
Nanti kita dimakan kata.

Sabarlah. 
Janji Allah tu pasti. 
"yang baik untuk yang baik-baik dan begitu juga sebaliknya"

Sabarlah. 
Jaga diri kita. 
Biar kita jadi diamond buat 'dia'
Susah dicari.
Biar jadi mawar
Dipandang nampak cantik, mahu dipetik ia berduri.

Sabarlah. 
Kita sama-sama cuba. 
Aku pun tengah usaha juga.

Biarlah orang kata kita hati batu, hati kering, hati plastik atau hati apa pun.
Yang penting Allah tahu.

xo

New Family Members.


Alhamdulillah, after 5months, roughly la. 
Finally we get back together in our circle with new family members. 
Well, the juniorsss !!
Honestly, it is a bless from Allah to let us meet each other.
Then walk together, holding each other's hands tightly.
Because we sure want to enter Jannah together. 
Yeah, with you my beautiful sisters. 

And how I wish, those friends of mine, who I've been miss every time, 
to be here today. 

Ukhwah fillah ya ukhti :)


Apa yang dilangit dan dibumi sentiasa meminta kepadaNYA. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan. 

[55:29-30]

Pada kita. 
Kitalah yang paling sibuk.
Kitalah yang paling perlu 48 jam sehari. 
Kitalah yang perlu 120minit sejam.
Kitalah yang paling tak punya masa. 
Kitalah yang paling kesuntukan. 
Kitalah yang paling tak cukup masanya. 
Pada kita, kitalah. 

Sedang Allah itu malah berjuta ganda lebih sibuk 
berbanding kita. 

Kita minta itu. Kita minta itu.
Kita rengek nak itu. Kita rengek nak macam ni. 
Sedarkah kita, yang meminta tu bukan hanya kita?
Ada ramai orang. Berjuta.
Semua meminta pada Dia. 

Tapi masih, Dia ada masa untuk kita. 
Masih dia dengar setiap rintihan kita.

dan masih, kitalah yang paling disayanginya. 
Dia sentiasa ada.
Melambai dan menanti kita untuk pulang kepadaNya.
Tapi kita?

jom jawab sendiri sendiri sambil tanya hati

Wednesday, October 22, 2014

A


Kau kata, dia sepatutnya macam ni dan macam tu. 
Dia kena buat begini dan begitu.
Dia perlu ada ini dan ada itu.

Kau mahu dia buat semua yang kau rasa dia perlu, ikut mahumu. 
Tidakkah itu pentingkan diri namanya?

Kau hanya mahu orang lain jalan mengikut rentakmu.
Sedang kau tak pernah cuba untuk ikut ritma mereka. 
Itukah yang kau kata adil?

Cukuplah paksa orang jadi macam kita. 
Kita kan lahir dari background yang berbeza. 
Apa yang diajarkan pada kau dan dia mungkin beza. 

Culture kita berbeza which leads to different opinions and ideas. 
Dan bukan salah sesiapa kalau pandangan kita tak sama. 
Bukan salah kau. 
Bukan salah aku.
Bukan salah dia.
Bukan salah kita. 
Malah bukan salah sesiapa. 

Sebab this is what we called diversity. 

Faham ke?

Monday, October 20, 2014

Ayah



mata tua yang memandang aku itu--
bundar

pudar



dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.



wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?



wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu



mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum



dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”



wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu



wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi



ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati



ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga



ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?



ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti


untuk lelaki yang menjadikan aku aku. kerana cintanya. kerana marahnya. kerana sempurnanya. abah. lagu di tepi.

Untuk ayah, yang tak pernah penat besarkan aku. 
Untuk ayah, yang banyak tercalar kerana aku. 
Untuk ayah, yang banyak berdarah untuk aku. 
Untuk ayah, yang tanpanya tiada aku percaya bahawa lelaki setia itu ada.

Stepping on the glittery life


Sometimes we don't realize that we are stepping on the glittery life yet chase for something that wouldn't meant for us.

I afraid I become one like that.

I afraid I will lose all I have today to achieve my dreams which is so far from close anyway.

but on a second thought,

yes, we will keep losing what we have today for the sake of better tomorrow. The only thing we need to do is choose, which one of them will worth more? sebab kadang Allah memang sengaja filter apa yang worthwhile untuk kita simpan. Sebab kalau nak harapkan kita yang tamak haloba ni, semua benda kita nak simpan, sampai benda tu mudharatkan kita pun, kita tak perasan.

A little word.


There is always a reason why someone do not want to be owned. 
There is always a reason why they prefer to be alone 
or don't want to get attached to that feeling thingy.
They just know how hurt it feel and they are not ready for the second time. 

Sleep Tight My Dear


Biar sekejap cuma - aku mahu gelap. 
Sebentar saja, cukuplah. 

It has been days since the last time I get a good rest and sleep. 
I hardly sleep though I have been closing my eyes for about 30 minutes.
I keep waking up after one hour sleep and I try to sleep back.

I just want to sleep.

Tidur pun satu nikmat Allah yang kita lupa nak ambil kira.
Indeed.

Dream


In dreams, we enter a world that’s entirely our own...

Let It Go


Kalau kau rasa terbeban dengan itu, lepaskan. 
Moga selepasnya kau, tenang selalu. 

Obviously I have insecurities and doubts, 
but I just need to do my best and be myself and hope that it is enough. 

Don't let others decide who you are , you must decide it yourself. 
Don't feel stupid if you don't like what everyone else pretend to like. 

Turn on the light.



I've always had this in my mind; what if Hogwarts is real?
I always asked mama to give me the offer letter from Hogwarts as my sibling and I (except my eldest sister) were believe that my mom has hide in from us!

Well I know, it's all nonsense. 

The point is, whenever you feel down. 
You just know what you need to do because the answer is lies within you. 
It is you who don't want to admit it. 

Just turn on the light

Is my instinct wrong?


I told Allah a lot about you, and I cried.
but if we are not meant for each other, believe in Allah's plan. 
As His plan is always the best for all. 

Those who leave everything in God's hand will eventually see God's hand in everything in their life. 
Allah knows everything. 
Ask him through sabr and solah. 

xoxo

Sunday, October 19, 2014

Look at the Blue Sky




Thank you for think that I am better than what I believe I am. 
Thank you for being there when I need. 
Even though you too are lonely :)

and 

exactly, thanks for coming into my small little world. 

Kahwin Awal?


"antara kawan-kawan aku dalam dunia ni, 
aku mesti yang paling awal kahwin"

I barely know what type of ambition or wants is that. 
But looking back at some old memories, has made me smile. 

Throughout the days, of course I want to hold your hand in
susah payah, jerih perih. 

I want to tell you, 
how hard our life is, everything will be okay if we lean to Allah. 


ps/ sebab tengah tengah malam gini, I suddenly craving for something cheesy 

Something you wish it's real



The way you show her, your care. 
Has made her fall into your gentlemen manners.
She hopes it was real.
But she just know it was never real. 

It hurts. 
For her to keep pretending that she's okay. 

It's hard.
For her to deny the feeling that keep growing inside the chest. 

and if she says she likes you, could you return the same feeling?

xoxo

Letter for future darling.


Those letter I wrote, 
I hope you will read it - someday. 

Forgive


I have hold this grudge for too long

Time


The way you smile. 
Yeah.
I want to see it for the rest of my life. 
but time could not be kept at bay.

We are too close yet too far. 
I leave you in the care of Allah. 

May Allah bless you always. 
"Those captivating beautiful eyes, not because of the color but because of
the words they hold within them"

I might be wrong. 
But seeing you, I wish my instinct was right. 

Bye, Assalammualaikum

xoxo

Lately I makin kuat membebel


Lepaskan Rasa Itu


Apa kau masih ingat kali pertama kita jumpa? 
Atau mungkin kali pertama kau sedar aku wujud?
Apa kau masih ingat setiap hai dan hei kita yang pertama?
Apa masih kau ingat setiap patah kata yang kita bualkan dulu masa kau masih kenal aku sebagai Sya?
Apa kau masih ingat kali pertama aku wish birthday kau dulu? ..tak. Ogos ini bukan Ogos yang pertama.
Tapi sudah yang kedua kali. 
Kau tak sedar sebab aku belum wujud dalam dunia kau. waktu tu. 

Allah memakbulkan doa aku untuk setidaknya kenal engkau siapa. 
Siapa tahu, Allah sudah merancang pertemuan itu sebaik-baiknya.
Dan mungkin bila nanti kita kan terpisah, aku harap Allah akan pisahkan kita dengan cara yang paling sempurna. 
Dan mudah mudahan saja, kita dipertemukan kembali dalam rahmat kasih dan redha-Nya.

Pernah tak kau tahu saat aku lihat kau melirik kearah dia, aku jua turut berdoa?
Berdoa pada Allah, jika suatu hari mamti Dia izinkan kita untuk bertemu maka aku harap kita akan ditemukan dalam keadaan yang lebih baik, disaat kita lebih bersedia. 
Dan siapa tahu, Allah makbulkan doa itu pada dua bulan berikutnya. Ya Tuhan, sungguh - manis benar janjiMu

"kalau aku bukan siapa-siapa pada kau, kenapa kau peduli?
benarkah tiada apa-apa rasa antara kita, rasa yang kita dua dua tak tahu terjemah"

Dulu aku yakin ini untuk dia. Tapi kalau Allah boleh aturkan pertemuan yang sebegini rupa. Mungkin satu saat nanti, Allah akan pertemukan aku dengan orang lain pula.
Dalam keadaan aku lebih bersedia. 
Mungkin sekarang aku tak sedia, sebab tu Allah nak tunjuk apa jadi kalau aku suka dia dalam keadaan aku tak sedia.
Aku tak meletakkan cinta pada Tuhan sebagai cinta yang utama. 
dan setiap cinta yang menjauhkan kita dari Allah bukanlah cinta yang datang dari Dia.

Jadi aku terima. 
Kalau 'kawan' adalah pengikat aku dengan dia. Kawanlah sampai bila-bila dan biarlah berkawan sampai syurga. 

Kalaupun suatu hari nanti aku kena attend wedding dia. 
Aku pasti akan datang dengan senyum yang gembira tanpa ada sebarang luka. 
Sebab sepertimana aku rasa dia yang paling lain antara yang aku pernah jumpa. InsyaAllah, Allah akan pertemukan aku dengan seseorang yang paling lain juga dari dia. 

Biarlah. 
Nak sekat, dia juga ada rasa. 
Nak sekat, kita juga yang tersiksa. 
Sebab hakikatnya, kita hukum diri kita dengan rasa yang kita paksakan.
Kita alpa dengan rasa ingin memiliki dia. 
Sungguh menyayangi dan keinginan untuk memiliki itu tidak sama.

Betul. 
Kadang-kadang aku tertanya juga. 
Kalau aku bukan siapa-siapa kenapa dia peduli?
(perempuan cepat sikit degree keprasantanan dia tu)
Aku mula nak angan-angan dah ni. 
Tapi kita ni manusia. 
Humanity itu wujud walau sebesar zahrah dalam hati kita. 
Dia kasihkan kawan-kawan dia. 
Dia kasihkan semua kawan perempuan dia, bukan hanya girlfriend dia ja. 
Itu yang kita nak cari. 
Lelaki yang melindungi perempuan, biarpun tak ada ikatan. (tanpa melanggar syarak yang pastinya)
So aku tak mahu degrade sincerity yang dia beri dengan angan-angan bodoh aku tu. 


Kalau dah jodoh tu,
larilah hingga ke hujung dunia. 
Berenanglah hingga ke dasar lautan. 
Terbanglah hingga ke langit ketujuh. 
Kalau dah jodoh pasti bersatu jua.
Tapi kalau dah bukan jodoh tu, berpenat lelah macam mana pun, dia tetap bukan kita yang punya. 

Dan sepertimana kita kejar bayang dia.
Dia juga mungkin sedang kejar bayang seseorang.
Dalam kuat kita doa - 'dia untuk kita'
Dia juga sedang kuat berdoa, seseorang itu jadi milik dia. 
Dan mungkin tanpa kita sedar, ada satu insan yang sedang berdoa dari kejauhan untuk jadikan kita ni milik dia. 
Jalan kita masih panjang.
Masih ramai yang kita belum jumpa.

Entahlah, senang cerita.
Aku end sampai sini saja rasa aku pada dia. 
Tapi mengenal dia.
Ada rasa pada dia.
Tu tanda aku normal. Heeee.

At least, ini experience. 

Sebab bila aku rewind balik.
Tak pernah terdetik dalam minda yang hari ini aku akan jadi kawan dia. Makan dengan dia. Cakap dengan dia. Mesej dengan dia. Ada nombor dia..etc..

Faham ke that feeling?

Tak pernah aku bayangkan setiap perkara tu ada perkaitannya.
Kebetulan ke semua tu? Tak!
Allah dah rancang semuanya. 

Jadi sekarang aku tak minta apa-apa.
Cukuplah perancangan yang baik-baik sahaja untuk aku. 
Worship Allah. 
Love Allah and you will get what you love. InsyaAllah. 

Lepaskan Rasa Itu 

I love you ya ukhti :)

Result 2

hendak dikongsikan mungkin terlalu privacy. 


tapi aku sedar, tak sezahrah pun mereka bersalah.
dan yang paling aku tak boleh tipu. 
ya, aku rindu mereka semua. 
aku bukan selalu nak marah-marah. 
I mean, jarang aku nak marah yang betul2 marah. 
Sejak masuk NMIT ni la
jarang juga nak dengar aku diam.
Tak bersuara. 

Entahlah. 
Aku mahu tegur mereka. 
Aku mahu mulakan bicara.
Aku mahu 'hei' 'hoi' dengan mereka. 
Aku mahu suasana seperti biasa. 
Bukan muram macam ni.

Membelakangkan mereka. 
Aku ketawa juga sebenarnya. 
Entah apa yang dibualkan.
Tidaklah aku tahu isinya. 
Tapi dengar mereka ketawa, Aku pun ketawa. 
Parah.

Bila tak tahan nak gelak. 
Aku kemas semua barang. 
Cepat-cepat aku naik atas. 
Kata tengah sedih, mana boleh ketawa tiba-tiba!
Mana Fara ni??

Usai kelas. 
Aku ke library. 
Tunggu Fara. 

"friendship is like water in the bottle. Digoncang tapi tak akan putus"

memanglah perumpaan ni nampak 
macam tak bernyawa dan tak ada harga. 
but somehow, it really touch my heart. 

To those friends, yang tanya aku okey ke. 
Yang tanya kenapa dengan aku. 
Yang walau dengan hanya pandangan, concern pasal aku. 
Terima kasih. 

dan 

Sorry for being so childish when I should growing to be an adult. 
Sorry for shut people out without unclear reason. 
Sorry for denying the truth that I really need you in person. 
Sorry for asking more. 
Sorry for being too mengada. 
Sorry for putting you in an awry situation. 
I don't have any intention to make you feel guilty.

dan 

untuk setiap masa yang kalian sudi luangkan,
untuk setiap rasa yang sudi kalian kongsikan,
untuk setiap beban yang kalian sudi ringankan, 
untuk setiap gelak yang kalian berikan.

Terima kasih. 

special thanks to Fara Irsyahanny to hug me into her arms when I really need someone while my mom and sisters not here. Thank you for understand the reason of why and what all of this is about. Thanks for being so true.

and if you guys read this, you read. 
if you guys don't read my blog, I am not bother to tell you in person--

masih. ego

tapi mana ada orang ego mengaku ego?

Result

Result. 

Examination Result dalam saiz A4 aku lipat dua.
Aku selitkan dalam celah celah buku nota panjang.
Aku tetap pandang depan.
Genggaman pada pen aku ketatkan. 
Andai saja pen itu mampu menjerit.
Pasti dia sudah berteriak sakit. 

Aku tahan air mata dari mengalir.
Tapi dia masih bergenang. 
Aku tunduk, cuba elak dari diperasankan oleh mata-mata. 
Aku seka sedikit titis jernih yang mula jatuh. 
Allah. sakitnya. 

Usai kelas, aku lari dari sesak manusia.
Aku lari dari mereka semua.
Aku pencilkan diri. 
Aku lepas semuanya. 
Tapi sakit, kerana aku menangis tanpa suara. 

Aku toleh kanan. 
Aku toleh kiri. 
Depan dan belakang. Tiada siapa.
Mana bahu yang mereka janji mahu pinjamkan dulu?
Kemudian mereka mahu aku percaya yang mereka akan selalu ada?

Aku mula salahkan mereka. 
Seorang demi seorang aku salahkan. 
Semuanya aku anggap sama.
Aku diamkan mereka.
Dipanggil aku tak menyahut. 
Ditanya aku tak menjawab. 
Muka pun aku palingkan. 

Ya Tuhan. 
Sungguh demi Tuhan yang menciptakan. 
Jika sebahagian dari aku menolak mereka. 
Sebahagian lain merasakan yang sebaliknya.
Aku sungguh sungguh dipagut rasa bersalah. 
Aku tahu aku bukan siapa-siapa.
Aku hanya insan biasa yang penuh titik hitam dan dosa.
Lalu apa yang membuat aku tegar berjalan dengan megah dan bongkak
diatas bumi yang Allah pinjamkan ini?

Aku malu dengan diri sendiri. Sungguh. 

Satu malam aku tak boleh tidur. 
Diburu rasa bersalah yang tak sudah. 
Hati berkira-kira, mahu menghantar personal message pada setiap satu dari mereka yang aku diamkan. 
Namun aku masih biarkan phone dimeja tak berusik. 
Aku mohon mereka mengerti. 

'jangan pentingkan diri sendiri. Jangan hanya fikir engkau saja yang tersakiti' ada suara berbisik. 
Membuat aku mencapai phone dan menaip satu persatu butir kata maaf. 
belum sempat butang send aku tekan. 
aku padam semuanya. 
aku campak phone jauh jauh. 
sudah aku mahu tidur!

Jam menunjukkan sudah pukul tiga setengah pagi. 
Aku masih tak bisa tidur. 
Kepala sudah rasa berat. Sakit sekali. 
Aku bangun - mandi. 
Jam empat empat puluh pagi aku cuba tidur lagi.
Dalam keadaan separuh duduk. 
Tidur. 
Jam enam empat puluh, aku dikejutkan semula.
Ya Tuhan terasa sekejap sekali. 

Aku bersiap. 


Ada satu dua panggilan masuk dari teman sekuliah.
Aku reject call mereka. 
Ya Tuhan, kenapa dengan aku ni? 
Aku tunggu pakcik bas macam biasa. 
mood hari ini paling luar biasa yang aku tak pernah rasa. 
Bila pakcik sampai, aku masuk dalam van. 
Seperti biasa, ditepi tingkap aku layan perasaan. 
Entah tak sedar pada mereka yang lain. 
Aku palingkan muka dari mereka.

Van terasa sepi sekali. 
Menambah sunyi hati. 'bercakaplah, aku mahu dengar kalian bising'
Namun aku diam, itu hanya suara yang terbit dalam hati. 
Aku bungkam. 
Diam.

Sampai di kampus. 
Aku dengan hal sendiri.
Masih di seat paling hadapan. 
Sendiri.
Tak sebutir jua perkataan keluar.
Ada sekejap masa, aku lari keluar.
Menghamburkan tangis yang tak tertahan. 
Kenapa pilu sangat duhai hati?
Apa yang kau sedihkan sebenarnya ni?

Aku bagai hilang semangat. 
Entah, tak pernah aku begini. 
Dipanggil nama oleh lecturer juga aku tak menyahut.
hanya angkat tangan kiri. Separa. 
Diam lagi. 

Mereka bertanya. 
Ada yang cuba buat aku senyum.
Tapi, entah. 
Aku tak ada rasa.
Semuanya bagai sudah mati. 

"sampai bila kau nak macam ni Rhan?"
"entah, diorang pun tak ada sungguh sungguh nak tanya"
"diorang takut"
"If their friendship is true, they will dare to take the risk"
"kau ego. kau nak tegur diorang macam biasa kan? kau nak cakap dengan diorang kan? kau nak everything backs to normal kan, so what's holding you back?"
"sebab aku takut benda yang sama akan berulang, and I can't let it happen"
"tapi bukan kau yang minta. bukan salah kau kalau rasa tu datang"
"tapi dia binasakan semua usaha yang aku bina. tahu tak betapa payah nak pasak prinsip biar kukuh. Tahu tak betapa letih aku bina kubu tu? Aku penat"
"Allah kan ada"

Sometimes Allah change the condition to change your heart