Hari ini aku masih mampu tertawa ceria disebalik sendu yang menyelubungi amarah yang menguasai diri.
Hari ini aku masih tertawa ceria disebalik rasa terhina dengan perbuatan mereka.
Hari ini aku masih bisa tertawa ceria disebalik pedih hati yang masih tersisa.
Kekadang aku bertanya apa yang tidak kena pada mereka?
Kekadang aku tertanya, apa masalah mereka yang sebenarnya.
Kekadang aku bertanya, tak cukup lagikah derita yang mereka beri ku rasa?
Aku sudah terlalu penat untuk berkecil hati kerana aku pasrah takdir Illahi, pasrah itu bukan tanda aku putus asa cuma mungkin , cukup sampai disini sahaja.
Kesakitan, kepedihan dan kekecewaan yang aku rasakan mendidik aku menjadi dewasa, tetapi jiwa kecil dihati aku ini tetap menangis tidak betah.
Slahkah aku jika hati ini sukar memaafkanmu?
salahkah aku jika hati ini sukar untuk memadam sakit itu?
salahkah aku?
adakah kali ini kau akan menyalahkan aku untuk ntah yang keberapa kali?
Tidakkah kau rasa bersalah ataupun kau memang biasa begitu?
atau mungkin aku yang bersalah?
ya itu mungkin sekali..!!
Sometimes mood sentimental datang menjengah and that was the thing I cannot control
No comments:
Post a Comment