Catatan ini ditujukan buat yang diingati.
Catatan ini ditujukan buat mereka yang bisa mengerti.
Catatan ini buat mereka yang ditakdirkan untuk membacanya.
namun.
catatan ini bukan berniat untuk menyakiti.
mahupun melukai mana mana pihak yang berkaitan.
Catatan ini wujud kerana the author of this blog asyik berfikir kebelakangan ini.
berfikir tentang isu ini.
Islam.
agama yang sangat indah jika dipelajari.
sebenarnya kita lupa, yang perlu belajar tentang Islam bukan hanya non-muslim atau muallaf sahaja tapi yang paling utama ialah orang Isalam itu sendiri.
Bagaimana mahu mempertahankan agamamu jika agamamu itu tidak kamu pelajari?
sebab tu zaman sekarang banyak 'followers' not 'believers'.
sebab itu, zaman sekarang wujud hanya Islam pada nama, ic card and etc.
Hakikatnya, jiwa kita sendiri belum betul-betul Islam.
(same here)
Hijab.
Hijab itu melindungi.
straight to the point : ramai perepuan Islam free hair and bagi so much reason and some of them;
1. belum sampai seru
2. yang bertudung pun belum tentu baik.
those two yang paling common la kan. so lets discuss about it.
Belum sampai seru. Urmm. Kalau nak diikutkan, Rasulullah dah seru semua umat Islam untuk menutup aurat baik perempuan mahupun lelaki sejak berabad lama. sebelum kewafatan baginda lagi. Yes, I always told my friend that I hold one principal that is, "everyone is born with diff background".
I sure all of you agree with me.
Tapi kita tidak boleh jadikan itu sebagai alasan. Sebab Allah kurniakan kita akal untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. Allah berikan kita akal untuk berfikir agar kita dapat fahami mengapa DIA menetapkan hukum-hukum seperti itu.
Allah nak kita belajr.
contoh paling mudah; Seorang lelaki bernama Zefus membesar dari keluarga yang sangat berada. Dia memiliki setiap sesuatu yang dia pinta. tapi satu dunia tahu dia ni suka bunuh orang. tak suka je bunuh, tak suka je bunuh. Bila ditanya kenapa dia suka bunuh orang? tak takut dosa ke? bila nak bertaubat and etc.
Jawapan yang Zefus bagi is 'belum sampai seru'
kalau nak tunggu seru dia sampai, berapa ramai orang menderita sebb kehilangan orang yang tersayang?
sama juga,
kalau nak tunggu seru kita sampai baru nak bertudung, berapa banyak dah dosa ayah kita tanggung? kata sayang ayah? walau macam mana sakit dan perit pun hati kita sebab ayah suruh buat tu, buat ni, tapi dia tetap ayah kita.
kadang kadang ada benda yang kita perlu paksa diri kita untuk buat. seperti paksa diri kita untuk berubah kepada yang lebih baik. paksa diri kita untuk lupakan kekasih lama. paksa diri kita untuk study. paksa diri kita untuk bangun sahur.
semua itu memerlukan paksaan pada awalnya, tapi lama kelamaan sudah menjadi kebiasaan bukan?
Bagi alasan yang kedua pula;
Benar, yang pakai tudung belum tentu baik tapi yang baik memang bertudung.
sekurang-kurangnya kita tetap akan dapat pahala sebab tutup aurat walaupun akhlak kurang baik. kalau soal akhlak itukan boleh diubah. kita boleh belajar and improve. semua benda perlu belajar.
tapi,
kalau kita buat baik sekalipun tapi tak bertudung apa gunanya. dosa all the time masuk buku. bukan tu je, bohonglah kalau kata kita tak pernah buat dosa. yang maksum tu Nabi Muhammad je. dan yang menanggung dosa bukan kita je, kita seret sekali ayah kita, atok kita, abang kita, adik lelaki kita, suami kita and anak lelaki kita.
berbeza dengan pakai tudung tapi tak comfirm baik. sekurang-kurangnya dosa dia ditanggung sendiri tanpa menarik ayah,abang atok and etc semua sebab dia dah tutup aurat dia.
Ini bukan soal hipokrit atau munafik.
Ini bukan soal mahu jadi diri sendiri.
Kita perlu sentiasa ingat,
kadang kadang setiap tindakan yang kita ambil, bukan hanya melibatkan diri kita sahaja.
kadang-kadang ia melibtakan banyak pihak.
kita sendiri pun sebagai Islam, berjalan diatas muka bumi dengan membawa nama Islam.
kalau buruk perbuatan kita maka buruklah nama agama kita.
Walaupun hati belum berasa ikhlas, kita perlu ingat satu perkara 'berusaha' kerana hidayah Allah tak kan datang kalau tak dicari.
Bermula dengan menutup aurat sepenuhnya.
agar dosa menjadi kurang.
mohon keampunan dari Allah.
hilangkan titik titik hitam yang menghalang hidayah.
mudah-mudahan kita semua mendapat jawapan.
Catatan ini ditujukan obviously untuk diri sendiri juga. Maaflah andai kata ada mengguris hati u olls semua. Ini semua untuk peringatan diri I sendiri. Tak ada niat nak menyindir or else.