Padam semua tentang semalam,
agar terhapus diam segala dendam,
agar belum terlewat,
untuk campak semua di lautan dalam,
sebelum kapal dikemudi tenggelam,
kerana silap salah masa silam.
dan layarkanlah semangat yang baru,
untuk menjadi seorang yang baru,
yang lebih baik akhlaknya,
yang lebih baik fikirannya,
yang lebih molek rohaninya,
yang lebih sihat jasmaninya,
insyaAllah
No comments:
Post a Comment