Politik itu bagi aku kotor, jadi aku tidak mahu tahu tentang hal-hal yang kotor. Aku penat menyaksi pemimpin2 yang disanjung menunding jari antara satu sama lain. Puas aku berfikir, tak bolehkah mereka memerintah bersama, tanpa ada parti. Wujud satu organisasi, dimana mereka semua menyokong satu perdana menteri. Maksudku menyokong disini adalah mendukung dan berpayung dibawah satu pemerintahan seorang ketua. Meski mereka tak perlu sering bersetuju dalam setiap perkara. Namun itu terlalu ambitious, sebab aku lupa, yang nak jadi ketua bukan satu dua. Masing2 tamak haloba berebut kuasa - dan itu aku tak suka. Dan aku rasa itu yang buat anak-anak muda rasa letih dengan politik.
Bayangkan saja, menteri2 pun tak aku kenal. Datuk Jamal yang bertuala depan suk tu pun aku tak pernah tahu siapa sampailah di Program Wacana Pemikiran Universiti Kuala Lumpur. Aku paling tak mahu pergi program yang berunsurkan politik ni. Sebab aku rasa, kami ini para mahasiswa dicari bila perlu, diguna bila mahu. Nanti bila habis PRU, kami ini ditinggal sepi, macam terikat tapi tak bertali (cewah)
Banyak menteri2 yang dipanggil - aku tak kenal siapa, tapi melalui program ini aku tahu siapa mereka. Yes, the program is 100% politik. Terpulang bagaimana you take it. Bagi aku, this program dah membangunkan aku.