Tuesday, May 5, 2020

Cerpen (cerita pendek); Kerana aku wanita

Orang lain tak buat kerja. Orang lain yang kena. Selagimana engkau perempuan, memang kesalahan tak akan pernah meninggalkan engkau. Akan sentiasa menjadi beban yang harus ditanggung, hingga ke liang lahad sekalipun. 

Perlahan-lahan, persekitaran membuat aku semakin yakin dan percaya. Membuat aku berdoa sesungguhnya, aku tidak mahu berzuriatkan seorang perempuan. Bukan kerana aku benci, tetapi aku takut, aku tidak mampu mengadili mereka, ditengah hiruk pikuk dominasi lelaki. 

Tidak. Aku bukan feminist. Aku bukan mahu hak kesamarataan antara lelaki dan perempuan. Cukup sekadar jika lelaki menjalankan tugas hakiki mereka dan perempuan diletakkan semula ditempat hakiki mereka. Tempat hakiki seorang perempuan bukan di dapur. Dan selagi mana ideologi masyarakat dunia tidak berubah, aku tidak melihat bagaimana, anak perempuanku tumbuh sebagai seorang wanita yang berhak keatas dirinya dan setiap keputusannya. 

Aku mungkin masih terlalu jahil dalam agama. Dan aku mungkin masih terlalu daif dengan ilmu dunia. Namun aku tahu satu perkara, bahawa hidupku sentiasa dijajah, oleh keluarga yang menetapkan wanita harus begitu dan begini. Wanita harus mengalah. Jadi wanita harus bertimbang rasa. 

Aku tahu nilai2 itu. Tetapi aku tidak suka bagaimana ia diimplementasikan. Hanya kerana aku wanita, aku tidak berhak bersuara. 

Kerana aku wanita. 

No comments:

Post a Comment