Ok, like this!
Jom clear-kan my mind.
1. Saman
-- saman tu ada due date dia, kena bayar gila. So, tak perlu risau nak kena bayar sekaligus. Jadi tak adalah rasa terbeban sangat. Soal kena marah dengan ayah sebab bawa laju, it's fine. Tadahkan je telinga, sebab you must be responsible on your own act. Tak adanya, ayah nak marah pasal saman tu sampai berhari-hari, paling tidak pun, cuma seminit dua. Deadline August 2018, so, gaji bulan July nanti boleh pakai. Gaji bulan 6 ni, dulukan yang urgent.
2. Job Opportunities
Nak kerja dekat Company A atau Company B, tunggu dulu official offer letter. Selagi belum confirm, tak ada apa nak gelabahnya. Jadi tak payah sibuk2 fikir, eh gaji cukup ke tak, benefit apa yang aku dapat, position mana yang lebih better, etc etc.
3. Rumah
Sebab kerja pun tak confirm dapat lagi ke tak, so tak payah sibuk2 nak fikir cari rumah dekat Klang tu. InsyaAllah, kalau dah jalannya nanti Allah kata kesana, maka akan dipermudahkan caranya. Buat masa ni, bayar dulu balance deposit rumah, dan sewa untuk bulan 7. Nanti kalau nak keluar, boleh je guna deposit rumah untuk sewa rumah lain.
So far, enjoy je dulu kerja dekat current company. Sampai masa -- blah. Takyah nak banyak fikir sangat, buat botak kepala je nanti!!
-- aku yang tak nak kerja dekat current company
Kalau tak dekat sini, dekat mana kau nak cari makan? Hidup bukan semata tentang kehendak dan hati kau saja yang perlu dipuaskan. Kena fikir tentang tanggungjawab, bukan setakat lepas perut sendiri je. Kena fikir untuk contribute back to your parents. Kau bukan anak tunggal ataupun anak bongsu, bawah kau ada adik2 lagi yang perlu ditanggung oleh mak ayah kau, takkan kau nak mak ayah kau tanggung kau juga?
-- aku yang tak nak duduk KL.
Tak semua orang dapat apa yang dia nak. Mungkin ini yang Allah nak bagi dekat kau, dan kalau dia yang tuliskan suratan ni untuk kau, maknanya, adalah benda yang dia nak tunjuk dekat kau. KL is not that bad apaaa, dekat dengan Melaka. It is the heart of Malaysia kot, nak pergi mana2 pun, dah tak berapa jauh. So chill! enjoy the moment. Sebab ramai lagi orang dekat luar sana yang merantau ke KL untuk cari kerja -- itupun susah. Kau dah dapat ni, bersyukurlah nak!!
-- aku yang tak dapat offer mana2 job dekat company lain.
Tapi setidaknya, kau tengah ada job. Setidaknya, kau tak menganggur unlike those graduates yang sampai sekarang berjuang nak cari kerja, sampai sanggup ambil apa saja kerja walau itu luar dari bidang dia. Zaman sekarang, jangan banyak memilih. Lagipun you are just a graduate, tak ada pengalaman apa pun, so LEARN!!
-- aku yang tak nak mengangur lepas belajar.
-- aku yang belum buat video presentation.
-- aku yang dapat low marks, sbb supervisor aku letak *3* on my assessment
-- aku yang dapat interview dekat Klang
-- aku yang perhaps kena travel KL - Klang tiap hari
-- aku yang nak kena bayar deposit rumah hujung bulan ni
-- aku yang nak kena bayar sewa awal bulan tujuh ni
-- aku yang keep kena tanya soalan min 3ques/daily sampai bulan December