Cerita tentang aku pasang telinga.
Or perhaps aku tercuri dengar.
-- tentang seorang lelaki, yang mengaku bodohnya dia kerana mengaku pada perempuan yang dia suka tentang dia dan skandalnya.
.
Pada aku, dia bukan bodoh kerana jujur. Tapi dia bodoh kerana tidak setia.
.
Pada aku, kalau benar kau suka, kau tak akan persoalkan tak-tahu-jodoh-kita-siapa dan jadikan itu sebagai satu alasan untuk pasang banyak teman. Kau guna alasan berkawan untuk kau pilih.
.
Kau pikir kau siapa? Letak diri paling tinggi dengan hak untuk pilih-pilih, kau pikir perempuan tu barang dagangan yang boleh kau ambil bila kau mahu, dan boleh kau buang bila tak dimahu.
.
Kalau benar suka, usahakan. Tapi hanya satu. Sebelum nikah saja kau sudab jadi player, jadi suami nanti macam mana?
.
Entahlah. Org kata perempuan tu rumit, tapi pada aku-- lelaki malah lebih kompleks.
Tuesday, October 13, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment