KBN
Kem Benteng Negara
ayah usahakan sendiri
dengan pak Uda juga
tapi mostly ayah yang uruskan
sebab pak Uda di Jb
Dari minta kebenaran dari kerajaan
sehinggalah untuk memasarkan nama KBN itu sendiri.
semua keringat ayah ada dalam setiap titik bangunnya KBN itu.
Setiap payah ayah membangunkan.
Setiap penolakan usahanya.
Setiap cubaan menjatuhkannya.
Aku ada.
Aku nampak semuanya.
Aku lihat banyak mata-mata yang tidak puas.
Aku lihat juga ada banyak mata memandang kasihan/
Tapi aku berterima kasih juga,
kepada tangan-tangan yang menghulur kasih dan bantuan.
Aku ingat lagi.
Aku lipat satu satu surat dan template KBN.
Ayah kata tujuannya untuk mengenalkan KBN pada masyarakat.
Jadi beribu template dan surat itu, merupakan modal pemasaran yang pertama.
Aku lekat satu-satu setem di setiap penjuru surat.
Aku tulis setiap alamat yang disenaraikan.
Aku ingat lagi, 20 biji mountain bike memenuhi ruang tamu depan.
Tapi aku seronok.
lihat ayah perlahan-lahan berkayuh memajukan KBN.
Ayah tempah kayak dengan nama KBN disisinya
Aku bangga,
Ayah beli benih ikan talapia.
Ayah biakkan dalam tasik KBN.
Ada kolam kolam kecil, ayah isikan juga benih ikan talapia tu.
tiap petang, mama akan bawa kami adik beradik ke KBN.
Bagi makan ikan talapia dan juga siakap.
Ayah ada juga tanam pokok ubi.
Bila cukup masa, ikan pun dah besar,
Ayah mahu angkat untuk pertama kali.
Untuk dijual kepada pembeli.
Tapi, dugaan -- ikan tu habis hilang semuanya.
semua.
mungkin kerja orang.
sebab ayah dah banyak kali letak sign board dilarang memancing
tapi orang kita, masih ramai tak tahu baca barangkali.
dipecah masuk juga.
tapi ayah kata, itu semua kerja memerang.
ayah seboleh mungkin,
dia tak mahu pandang buruk orang.
kami anak-anak menahan geram.
tapi betul juga kata ayah, kita tak nampak pun pelakunya siapa.
jadi lebih baik diam--
kali ini dugaan datang lebih hebat lagi.
lately ni, cuaca kan tak menentu.
kejap panas, kejap ribut.
Bila panas, ya Tuhan hanya Allah yang tahu.
Bila ribut, ya Tuhan...hanya Allah yang tahu.
Ribut 27 October 2014 di Melaka menyebabkan KBN runtuh.
Habis dipukul ribut.
Untuk kali kedua dan aku harap ayah tak rebah.
Aku tahu ayah terluka.
mama juga pasti turut terasa.
kerana disetiap jaya ayah, ada mama dibelakangnya.
dan disetiap usaha ayah, ada mama yang membantunya.
bila usaha ayah teranap.
ayah mungkin tak nangis.
tapi mama lebih kenal ayah.
mama tahu.
mama nangis.
dan bila mama menangis, aku cukup tahu.
hati ayah malah lebih meraung.
dapur baru untuk memudah mama memasak baru saja siapa sepenuhnya.
kerja kerja wiring yang pak usu buat selama 6 hari pun habis musnah.
setiap chalet yang ayah tumpahkan keringat pun cium tanah juga.
bumbung astaka juga habis menyembah bumi.
sakit.
tapi,
itulah ayah, itulah mama.
sesusah apa pun mereka.
sepayah atau seperit apapun yang mereka rasa.
tak pernah sekali mereka mahu aku merasa sama.
mahu saja aku pulang kerumah.
membantu apa yang terdaya.
tapi ayah pesan 'jangan susahkan diri, nanti ayah kemas slow slow'
aku malu.
malu dengan ayah. malu dengan mama.
terlalu banyak yang mereka beri,
tak kan sedikit 'berjaya' saja aku tak mampu nak beri?
Aku harap mama dan ayah terus kuat.
Macam mana dipaksa rebah, jangan pernah mengalah.
InsyaAllah, kita sama sama cuba.
Tahu, nak cari duit tu payah.
Tapi rezeki tu Allah yang punya.
Maaf, tak berada disana dikala musibah menimpa.
Maaf kerana masih belum bantu apa-apa dari segi materi.
Maaf.
Percayalah, ada hadiah yang Allah nak bagi pada ayah dan mama atas segala sabar dan setiap redha dalam hati.
Nana doakan yang terbaik. InsyaAllah.