Saturday, July 20, 2013

Surat dari Melaka

Dia merintih.
Dia sedar, dia dari kalangan orang yang baik baik.
Dia sedar, didikan yang diberi tidak sepatutnya
membawa dia melangkah kedunia hitam seperti itu.
Dia kecewa dengan dirinya sendiri.
Mungkin dia sedar bahawa luka dihati ibunya pasti besar
jika hal ini terbongkar nanti.
Lama mana sangatlah rahsia dapat dipendam. Kan?
Tapi, ada satu hal aku mahu sampaikan pada dia.
"Allah ciptakan you sempurna pancainderanya.
Allah letakkan you dalam keluarga yang sempurna agamanya.
Allah berikan you orang-orang yang menyayangi sentiasa.
Allah berikan you akal yang cerdik untuk berada diatas yang lainnya.
Tapi you lupa, you pun ada nafsu yang besarnya tiada siapa tahu.
you juga lupa yang you ada penghasut untuk membawa you jauh
dari jalanNYA.
Tapi Allah still sayangkan you.
You ada keinginan untuk berubah. Berubahlah.
Tiada yang mudah. Semuanya perlukan pengorbanan.
Susah mana pun. Perit mana pun, bersabarlah.
Ada insan yang akan berikan sokongan untuk you. Maybe I.
Tapi kalau bukan I pun, Allah sentiasa ada.
cuma, I nak you tahu.
I tak pernah pandang you kurang satu pun. You masih sama.
Hanya itu.
Susah tahu nak menjauhkan diri dari you.
Makin susah bila setiap perkara melibatkan hati dan perasaan.
Just go with the flow jelah you. Sekarang focus dulu on study.
I selalu doakan you. Bye. Assalammualaikum."