Friday, July 12, 2013

Islam pada Nama

Islam pada nama.
Siapa aku? Apakah erti Islam dalam jiwa kering ini?
Telekung putih menutup seluruh tubuh.
hanya wajah saya yang bebas disapa angin kipas.
Takbir diangkat, rukuk dan sujud dibuat mengikut turutan.
sesudah habis dua empat atau tiga rakaat, telapak tangan diangkat.
menadah berdoa.
memohon apa saja kepada DIA
 kerana janjinya, tak akan membiarkan hambanya pulang dengan tangan yang kosong.
betapa hina diri ini menagih janji pada yang pasti menunaikan sedangkan janji sendiri kepadaNYA dilupakan bagai tak pernah dimeterai waktu dalam rahim mama dulu.
empat bulan usiaku ketika itu.
saat pertama kali aku tersenyum.
saat pertama mengucap syahadah.
Namun entah kenapa, saat bangun dari sejadah yang menjadi alas dahiku,
hatiku masih merasa kekosongan.
hati ini tak berasa terlalu tenang, sedangkan tenang itu yang aku cari.
mencari cari, dimanakah salahku hingga tenang itu tak sampai kepada aku?
aku sekadar islam pada nama
saudara seislamku sudah ramai yang syahid.
ditentang dan menjadi mangsa kekejaman mereka yang gentar dengan islam dan aku masih disini berdiam diri.
burget mcd masih aku kunyah.
enaak melalui tekak dan kerongkong.
kenyang rasa diperut.
sedang duit aku digunakan untuk membeli senjata membunuh saudara islam disana.
aku masih disini bergelak tawa tanpa ada rasa.
aku tak endah tentang islam yang sedang diperang hebat sekarang.
mungkin kerana aku tak menghargai pengirbanan pejuang islam.
cupp..bukan tak menghargai, kenal pun tidak!!
aku seorang islam yang tak pernah kenal pejuang islam.
aku tak keenal sahabat rasulullah yang rela mati kerana islam.
aku tidak kenal mereka yang inginkan syahid.
aku tak tahu jerih perih mereka membawa islam hingga zaman kegemilangan islam dicatat didalam buku buku sejarah baik buku dalam negara islam mahupun buku sejarah eropah.

Farah Farhana Karim.
Dilahirkan sedia Islam. Dididik cara Islam, tapi apakah kau benar - benar Islam?
Benar kata Atta&Ameer, ramai antarra kita hanya follower bukan believer.
Entah!
Dalam rumah,atas sofa.
puasaketiga.e