Ingin aku singkap kembali
Kenangan lama agar bersemi
Inginku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi
Ingatlah aku sebagai rakanmu
Kenanglah daku dalam doamu
Begitulah indahnya kisah dahulu
Engkau sebagai temanku
Apabila engkau terjaga
Satukanlah harapanku denganmu
Kerana ianya bakal berpadu
Mimpi si penunggu yang setia
Layarkanlah impian doamu
Sesungguhnya aku masih mengingatimu
Sebagai kawan rakan dan teman
Semoga kita diberkati Allah
Kudoakan kepadamu agar bahagia
Di dunia dan akhirat
Bila sesuatu berlaku diantara kita. Salahkanlah aku kalau itu dapat memuaskan hatimu kerana aku juga turut mengakui bahawa banyak khilaf yang telah aku lakukan sepanjang aku mengenali dirimu. Seperti yang kau tahu, aku tidak sempurna dan aku hanya mampu mengharapkan kemaafan daripada dirimu atas segala dosa-dosa aku pada dirimu.
Bila sesuatu berlaku diantara kita. Aku mohon agar leraian kasih persahabatan ini tidak disusuli dengan dendam dihati. Aku mohon padamu, jika benar sesuatu itu berlaku diantara kita, biarlah ia hanya antara kita.
bukan antara aku dengan keluargamu
dan
bukan antara dirimu dengan keluarga aku
Sahabatku, andai hubungan ini tercalar kerana sesuatu dan 'sesuatu' itu adalah kerana aku.
Aku terima. Kerana aku tidak mahu mendesak, menyakiti mahupun menambahkan beban kepada dirimu lagi. Namun, aku tetap menghargai segala pemberian, keprihatinan dan kesabaran yang kau berikan sepanjang kita menjalinkan persahabtan ini.
Aku masih menyayangi mu kerana engkau saudara seIslamku.
Kau tidak kurang apa2 jika hanya aku yang tiada. Aku percaya itu! =)
Semoga berjaya dalam mengejar mimpi dan cita cita.
Aku tidak menyesal kerana mengenalimu
Terima Kasih
Assalammualaikum