Saturday, March 24, 2012

Bila?



Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada 
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,

Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha. 

Bila akal lupa tujuan asal hidup 
Bila diri terasa enak berlingkar dengan maksiat,

Bila hati puas melakukan perbuatan yang tidak berbuah amal,

Bila jasad duduk enak tanpa membuat makruf. 


Bila air mata terlalu sukar untuk dititiskan untuk NYA
Bila hati mula mengeras,
Bila fikiran melayang untuk perkara yang sia sia,
Bila hati mula berputus asa terhadap rahmat dan nikmat-NYA. 

Bila diri mula meminta yang berlebihan,
Bila hati mula meminta yang bukan hak,
Bila diri rasa sudah cukup,
Bila lidah terlalu keras untuk mengalunkan zikir.

Bila cemburu terhadap nikmat & rezeki insan lain,
Bila diri berpura baik terhadap manusia,
Bila hati merasa perbuatan doasa sebagai tidak apa,
Bila diri sentiasa mahu dipuji.

Bila hati tidak yakin dengan janji NYA,
Bila diri menyesal dengan setiap taqdir NYA,
Bila hati sentiasa mencari aib & salah orang lain,
Bila diri sentiasa ingin memuaskan selain dari Allah.

Bila hati merasa bebas dari jagaan Allah,
Bila merasa diri milik mutlaq diri sendiri,
Bila hati merasa aman melanggar amanah,
Bila merasakan tiada yang lebih penting melainkan diri sendiri.

Bila diri terlalu banyak beralasankan,
Bila setiap perbuatan tidak terniat untuk Allah,
Bila diri mula berasa berat untuk sembah & sujud kepadaNYA,
Bila telinga lebih enak dilagukan dengan selain ayat ayat suciNYA.

Bila mulut lebih senang berbicara tentang dunia dari manisnya syurga,
Bila redha manusia lebih dicari darupada redha Allah,

Bila merasa cinta manusia lebih asyik daripada cinta Allah,
Bila hati tidak rindu untuk bertemuNYA,

Bila hati mula disempitkan dengan dunia,
Bila diri sombong tidak mahu meminta kepadaNYA,
Bila setiap akal, jiwa , & jasad terikat dengan dunia.

Hati itu bukan hati aku lagi.... I beg to you Ya Rabb. Please Heal My Heart