Wednesday, September 4, 2019

Promosi Glister

Bismillah


Assalammualaikum and hi earthlings, okay, today nak share fasal ubat gigi glister ni. Since kecil aku memang pakai brand X with no reason at all. Mungkin sebab lahir2 je, mak ayah memang dah pakai brand X, balik kampung pun, atok nenek pakai brand X juga. To the extent yang aku tak pernah persoalkan pun, kenapa eh kita guna brand X. Pernah tak anda pun rasa benda yang saya? Setiap bulan, kita pergi kedai, for the sake of nak beli ubat gigi, yang secara automatik kita dah register dalam kepala kita untuk beli tanpa, syarikat tu bersusah payah nak paksa kita beli brand dia. 

Tapi, itu sebab kita tak ada pilihan lain. Kita membesar dengan itu, but now when we have another option, the question is, are we brave enough for the change? 

Aku pakai glister ni, pertama kali masa masuk degree. Beli dengan makcik aku, dengan harga RM27+ if I am not mistaken. The bad news is, habislah duit aku RM27 semata untuk ubat gigi je kan. Siapalah yang gila sangat spend sampai RM30 untuk ubat gigi. Tapi, the good news is, aku guna satu tube ubat gigi tu for one whole year. Dua semester aku pakai ubat gigi dari tube yang sama. Ha, jangan kata aku tak gosok gigi eh, aku tembak kang. Hhaha. It's true. Aku pun impress sangat. Jimat gila, sebab texture dia pekat dan hanya pakai sikit sahaja macam biji saga. Tak payah macam over nak pakai sari hujung berus ke hujung berus macam dalam iklan TV tu. 

Tapi disebabkan aku dengan makcik aku jauh, bila dah habis, aku end up beli je la brand X dekat pasar raya macam biasa. But to be honest, I don't feel the different, sebab waktu tu memang gigi aku tengah sihat kan. Aku pakai yang pemutih tu, yang ada arang. Dua tiga tahun ni kan, brand X banyak betuk keluarkan ubat gigi baru. Bermacam jenis ada, dan setiap bulan juga aku tukar yang lainnya. Lama2 aku perasan, gigi aku dah cepat ngilu. Aku tak boleh nak siat tebu guna gigi macam aku selalu buat dulu. Dan setiap kali aku gosok gigi, gigi aku akan berdarah. 








No comments:

Post a Comment